Khamis, 21 Oktober 2010

HALAL HARAM MAKANAN

“Makanlah antara rezeki yang baik yang telah kami berikan kepadamu dan janganlah melampaui batas padanya yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barang siapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia”.
(Taha, Ayat 81).


Untuk pengetahuan anda, masalah sosial yang melibatkan orang melayu semakin meningkat. Ini adalah berpunca dari salah satu sebab iaitu makanan. Kebanyakkan kita tidak lagi menghiraukan akan kehalalan dan kebersihan makanan yang diambil. Liberallah katakan. Dalam Islam tiada krompromi dalam soal halal dan haram dalam makanan. Yang sudah nyata dan meragukan wajib dijauhi.

Kopitiam dan restoran milik bukan melayu misalnya tumbuh bagai cendawan selepas hujan, tidak terfikirkah kita adakah orang bukan islam ini akan menjaga dan menitik beratkan halal dan bersihnya hidangan mereka. Kita tidak pernah mempersoalkan, betul tak? ini kerana jika kita melihat pekerjanya melayu bermakna restoran tersebut adalah halal dan tanpa banyak soal kita pun makan. Tolong jangan buat begini, apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan yang pastinya jika haram yang masuk bermakna kita tidak akan senang atau mudah untuk menerima hidayah Allah s.w.t. Sebab itu ramai diantara kita hari ini terpinggir dari hidayah Allah s.w.t. Seolah-olah mereka tidak nampak Allah s.w.t. itu dekat dengan kita. Sebab itulah doa dan pemintaan kita susah dikabulkan kerana kita tidak yakin, hati kita gelap dan kita tidak dapat petunjuk darinya. Berhati-hatilah akan hal ini kerana susah hidup kita kelak tanpa pertolongan darinya.

Apabila tiada hidayah beginilah cara hidup kita, penuh dengan hawa nafsu, penuh dengan kemaksiatan, penuh dengan kelalaian, penuh dengan bayi luar nikah, penuh dengan bebanan kredit dan mudah cerita ia penuh dengan pelbagai masalah kehidupan. Cuba anda renung firman Allah s.w.t diatas, apabila ia menjadi kemurkaan Allah s.w.t dan pasti ia akan dibinasakan. Pastinya kita tahu kenapa kita disuruh memakan makanan yang halal, kerana kemurkaan Allah s.w.t adalah sangat-sangat ditakuti.

Adakah cara hidup ini kita mahukan sedangkan kita boleh dapat cara hidup yang penuh dengan kedamaian, penuh dengan ketenangan, penuh dengan limpahan rezeki, penuh dengan amal soleh. Apabila hati ditutupi oleh selaput dan dot-dot hitam, maka untuk menghampiri Allah s.w.t. amatlah jauh sekali, tak sunyi kah anda tanpa dia. Sedangkan puteri kesayangan Rusullullah pun berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa disisi beliau sesungguhnya kita sebagai hambanya, amat-amat memerlukan perhatian Allah s.w.t sebenarnya.

Berpesan-pesanlah kita sesama kita, bahawa orang bukan Islam TIDAK sama sekali menghiraukan halal atau haramnya penyedian makanan di restoren atau dikedai mereka, kalau tidak kenapa hotel-hotel yang berjumlah 2000 buah dan kopitiam-kopitiam yang terkenal itu tidak memiliki sijil-sijil halal JAKIM..dan baru-baru ini sebuah Kopitiam di Kepong telah diarah tutup. Dan mereka amat mengambil mudah soal halal haram, adakah kita masih ingin bergantung pada orang bukan Islam dalam menyediakan makanan Halal untuk kita. Fikirkanlah... Bukan itu sahaja kedai mamak juga ada diantaranya tidak memiliki sijil halal malah pekerjanya terdiri daripada bukan Islam. Dan disebalik restoren sushi yang ramai pekerja melayu disalah sebuah kompleks membeli belah di ibu negara juga menggunakan alkohol dalam pembuatannya. Renung-renunglah. Kenapa ini terjadi, kerana kita sebagai umat Islam selalu mengamalkan sikap tidak kisah dan tidak ambil tahu. Ada duit semua boleh dimakan, ada pekerja melayu yang bekerja di restoren bukan melayu semua boleh dimakan, ada tanda logo halal semua boleh di makan. Tanpa menyelidiki siapa pemilik restoran tersebut. Dan paling menyedihkan orang melayu sekarang sudah tidak hirau lagi halal haram sesuatu makanan.

Hawa nafsu dihidupkan apabila kita makan, apa akan terjadi apabila makanan yang kita ambil ini adalah tidak halal dan bersih dari hukum syarak. Ia akan merosakkan nafsu ini menjadi satu masalah dikalangan ahli keluarga kita seperti masalah sosial (pembuangan bayi, pelacuran, mat rempit, ponteng sekolah, penderaan), masalah kewangan (bebanan hutang, berbelanja pada perkara yang sia-sia), masalah sikap (mudah marah, malas, kurang ajar, benak hati, tiada displin, bebal, dengki, dendam), masalah kerja (kurang fokus), dan masalah demi masalah yang lain, kita sepatutnya tidak menunding jari kearah orang lain. Selidik dulu makanan yang kita makan dimana sumbernya. Sebab itulah Islam amat mementingkan halal dan bersihnya makanan yang kita makan.

Di sekolah terutamanya jika kelas anak-anak anda ada jamuan, dan makanan tersebut diambil dari katering luar sebagai ibu bapa kenalah tanya pihak sekolah terutamanya guru kelas. Kekadang guru pun tak peduli samada katering itu diambil dari orang bukan melayu. Dan jika kantin sekolah anak anda bercampur dengan pengusaha cina dan melayu ,sila pastikan anak ajar dilatih untuk membeli di gerai orang Islam/melayu sahaja. Didiklah mereka mengambil makanan dengan pengusaha melayu kerana air tangan yang membuat juga boleh mempengaruhi makanan tersebut. Sebab itulah ahli sufi terkenal Tok Kenali hanya makan masakan sendiri kerana air tangan dari 1001 jenis manusia boleh mempengaruhi diri kita.

Ini bermakna aura dan doa dari orang yang menyediakan makanan amat penting sebenarnya. Sebab itulah umat Islam digalakkan membeli sesama umat islam sahaja. Dan amat sedih sekali ada diantara anak remaja ini sudah tidak lagi segan silu untuk duduk dan makan dikedai orang cina yang terang-terangnya menyediakan makanan TIDAK HALAL. Langsung tidak segan kepada orang lalu lalang yang melihat gelagat mereka.

Inilah yang akan terjadi jika ibu bapa langsung tidak kisah sumber makanan yang diambil oleh anak-anak mereka. Dan janganlah bising atau menyalahkan guru, masyarakat serta kerajaan jika anak anda tergolong dalam remaja bermasalah.

Molekul yang cantik akan terbentuk apabila kita membacakan doa keatasnya. Apabila makanan yang dibaca dengan doa masuk kedalam badan menjadi darah daging. Ia akan mempengaruhi hawa nafsu kita, alangkah baiknya jika makanan tersebut adalah halal dan bersih. Nercaya hati dan hawa nafsu kita sama seperti *ahli sufi.

*Ahli sufi adalah manusia biasa tetapi kecintaannya pada Allah s.w.t. amatlah tinggi sekali tanpa tolok bandingan. Dan salah satu rahsia mereka adalah mengambil makanan yang bersih suci dan halal, sebab itulah mata hati mereka sangat terang dan jelas tanpa sedikit hijab pun. Dan begitu juga dengan ilmu yang mereka perolehi. Tidakkah anda mahu menjadi seperti mereka?
**Puasa adalah satu cara menurunkan hawa nafsu. Hawa nafsu itu bukan setakat makan sahaja, ia merangkumi semua kehendak naluri manusia.

Nota penting:Tolong jaga2 dgn makanan yang anda makan, wang riba, perlaburan emas, forex, rasuah, wang terjumpa dan seangkatan dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan