Sabtu, 17 Julai 2010

DOA ELAK SIHIR

Kita pernah mendengar kisah-kisah ilmu hitam. Baru-baru ini di suratkhabar Utusan Malaysia 3 Oktober 2009 ditulis oleh Dato' Salleh Majid mengenai terkena ilmu hitam atau sihir. Apabila terbaca cerita beliau mengenai perniagaan yang kurang laku secara tiba-tiba, wanita disihirkan sehingga menjadi tidak siuman, ada yang seluruh badannya tidak berkulit, ada yang menderita terkena busung selama bertahun-tahun lalu meninggal dunia dan kawan saya sendiri terkena perbuatan ini dimana kakinya keluar darah yang banyak, bila berjumpa doktor mereka menyatakan tiada apa yang serius.

Ini adalah sebahagian dari angkara sihir yang terjadi dikalangan masyarakat kita dan satu persoalan timbul, bagaimana hendak mengelak sihir dari terkena kepada diri kita. Kita tidak tahu siapa yang akan berbuat sedemikian. Oleh itu kita harus mengambil sikap berjaga-jaga dengan mengamalkan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran, kerana dengan bantuan Allah s.w.t. sahajalah yang dapat menghindarkan kita dari terkena sihir atau ilmu hitam tersebut.


Yang paling asas sekali sebelum makan, sebelum keluar rumah, sebelum membuat sesuatu kerja, sebelum memandu kenderaan dan seumpama dengannya sebutlah Bismillah. Ucapkan bismillah dengan penuh keyakinan dan memohon pada Allah supaya melindungi kita daripada bencana mahupun sihir. Jika boleh hafallah doa menaiki kenderaan dan hembuskan bacaan anda kedepan dan kebelakang. Insyallah selamat. Lagi satu cara ialah dengan membaca surah 3 Qul dan 7x Al-fatihah untuk dibaca ketika memulakan perjalanan anda.

Doa yang paling baik sekali bacalah Ayat Kursi 3x sebelum melangkah keluar dari rumah atau di mana-mana sahaja. Ayat kursi merupakan ayat pendinding dari syaitan serta jin. Selepas kita membaca doa makan tambahlah dengan membaca ayat kursi, tak kisahlah panjang asalkan kita semua selamat dari perbuatan sihir. Kerana apa-apa sihir yang hendak disampaikan kepada manusia lain adalah melalui jin. Jin merupakan medium pengantara diantara si pengantar kepada penerima sihir tersebut.

Surah 3 Qul serta surah Ayat Kursi juga memang bagus untuk dibaca ketika hendak tidur.Ia bagi menghalau syaitan dari mengganggu kita ketika tidur.

Selain itu anda juga digalakkan membaca doa ini,

"dengan nama Allah, yang dengan namanya akan terhalanglah segala sesuatu dibumi dan dilangit untuk menimpakan bencana, dan Ia maha mendengar dan maha mengetahui (3x)"

(digalakkan mencari doa ini dalam bahasa Arab..bismillah hillazi la yadurru maasmihi...) Doa ini bagus untuk menghindari kita dari wabak H1N1, terkena sihir dll, dan ayat yang paling saya suka untuk dibaca setiap kali memulakan pekerjaan atau dijadikan zikir. Sesuai juga dibaca untuk anak-anak yang degil, dibaca ketika sedang memasak masakan dan niatkan didalam hati. Yang paling istimewanya doa ini ialah diamalkan ketika sedang sakit. Bacalah doa ini bersama dengan ayat ini....lahaulawalla quwataillah billah...(tiada daya dan upaya ku melainkan Allah s.w.t. yang maha tinggi dan lagi maha agung) dan niatkan didalam hati supaya orang yang sakit itu sembuh dan mempunyai kudrat untuk makan dan minum. Insyallah. Boleh juga dibaca kepada haiwan peliharaan yang sakit dan tidak berdaya untuk makan. Insyallah dengan membaca doa ini ia akan diberi kekuatan dan kudrat untuk makan serta sembuh. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Bacalah juga surah Yassin ayat 9 bermula dari Wajjaalna min baini...(lihat surah yassin), ayat ini adalah untuk pelindung diri kita dari terkena pukau. Berhati-hatilah jika ada yang bertanya arah atau sebagainya kerana pukau boleh terjadi dengan hanya melihat matanya sahaja atau tersentuh..Awas!!. Ayat ini juga boleh dibaca jika kita merasa terancam misalnya gangguan seksual sewaktu menaiki komuter atau bas, semasa berjalan seorang diri atau kemana sahaja langkah anda . Amalkan ayat 5 ini, supaya Allah s.w.t. Melindungi diri anda dari mereka yang berniat buruk dan jahat. Ayat ini dapat memesongkan niat mereka yang jahat terhadap anda.

Membaca surah Yassin setiap kali selepas solat maghrib adalah lebih baik bagi menghalau syaitan dari tinggal dirumah kita. Untuk melindung rumah baru dari gangguan syaitan pula hendaklah kita mengazan di empat-empat penjuru rumah sebelum masuk waktu maghrib dan subuh (Ini diberi oleh Ustaz Harunsani Zakaria (Mufti Negeri Perak).

Ini pula doa Fatimah Az-zahrah, puteri kesayangan Rusullullah Ya (Allah) Yang maha hidup, yang maha berdiri sendiri, aku memohon pertolongan dengan (berkat) rahmat-mu. Aku pohonkan engkau perbaiki keadaanku keseluruhannya dan jangan engkau biarkan aku walaupun sekelip mata. Doa ini diamal oleh Fatimah Az-zahrah supaya Allah s.w.t. sentiasa menjaga beliau setiap saat dan ketika.

Ini pula doa yang bagus untuk dibaca setiap hari Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadanya aku bertawakkal, dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung (7x) (ayat dalam bahasa Arab Hasbi yallah...).

Dan perkataan yang syaitan paling benci apabila kita menyebut Astagfirrullah....jadikanlah ia zikir harian supaya kita dijauhi dari syaitan yang direjam.

Amalkan apa-apa ilmu yang baik walaupun sedikit dari banyak ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Janganlah kita tergolong dari umat yang rugi. Selamat berzikir. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan