Jumaat, 4 November 2011

MUKADIMAH-HATI YANG TERAGUNG

Setiap kali saya menulis, saya pasti akan highlight pasal HATI. Kenapa? Hati kita adalah kunci kepada segala amalan kita. Sebab itu adalah penting bagi anda menjaga hati anda di setiap perbuatan anda. Orang yang menjaga hati tidak akan ambil pusing apa-apa perkataan negatif yang hemburkan oleh manusia yang tak berpuas hati. Orang yang jaga hati, tidak suka dengar umpatan, fitnah atau perkara-perkara yang merosakkan hubungan dia dengan Allah s.w.t. Orang yang menjaga hati selalu bergantung pada Allah s.w.t. Orang yang menjaga hati selalunya dia suka berdiam diri dari bercakap kosong terutamanya caci mencaci, maki memaki, cerca mencerca, fitnah memfitnah. Orang yang menjaga hati selalunya tidak mempunyai penyakit hati seperti riak, takbur, ujub, dengki, tamak, malas, bangga diri, sakit hati, budjet bagus dan sebagainya. Orang yang menjaga hati segala perbuatan ibadahnya amatlah ikhlas hanya kerana Allah s.w.t. Orang yang menjaga hati amat takut jika Allah s.w.t. meminggirkannya dari hidayah. Orang yang menjaga hati tidak pernah melihat orang lain lebih rendah darinya. Orang yang menjaga hati tidak menyakitkan hati orang lain. Orang yang menjaga hati lebih suka menilai diri sendiri dari menilai orang lain. Orang yang menjaga hatinya tidak suka pada perkara yang sia-sia. Orang yang menjaga hatinya, Allah s.w.t sendiri yang akan menolongnya keluar dari segala kekusutan dan kekalutan dalam kehidupan seharian dan mereka ini tidak takut apa-apa yang berlaku pada diri, kerana yakinnya mereka ini terhadap Allah s.w.t. terlalu tinggi.

Oleh itu, nasihat saya jika anda memiliki hati yang negatif sila lah ubah..Jangan terlalu taksub pada orang atau parti..bersederhanalah dalam apa jua perbuatan anda..Takut-takut nanti kita tidak nampak Allah s.w.t. walaupun Allah s.w.t. itu dekat dengan urat leher...
Nasihat saya jika anda mengalami apa jua masalah kehidupan anda seperti tak cukup duit, masalah sosial anak-anak, rumahtangga, bebanan hutang dan seumpanya, tolonglah lihat balik hubungan anda dengan Allah s.w.t. dan jangan salahkan orang lain atau institusi atau kerajaan..Kerana badan-badan ini atau orang-orang dalam badan ini hanya menjalankan amanah.
Alangkah baiknya anda tweet atau berfb terus dengan Allah s.w.t. oleh kerana kita hendak bertweet terus dengan Allah s.w.t. biarlah hati kita dalam keadaan bersih, sebab itu kena jagalah “hati”, supaya ibadah-ibadah kita dirikan nanti berdiri dengan hati yang kusyuk, ikhlas, seronok, gembira, tidak dipaksa dan kasihnya kita pada dia sehingga solat pun boleh berguguran air mata..itulah keagungan hati yang dijagai selalu...


Kesimpulannya:-
Jagailah hati anda kerana hati akan menjaga solat anda, puasa anda, sedekah anda, zakat anda, haji anda, ilmu anda, rezeki anda, hubungan anda dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Hati juga boleh menjaga kesihatan diri anda, semua anggota pancaindera anda dan keselamatan diri. Nanti saya akan terangkan bagaimana hati boleh jaga ibadah ....saya juga akan terangkan bagaimana nak jaga hati supaya “hati” dapat jaga ibadah dan amalan ...tungguuuuu..Menarik bukan..Mulai sekarang bersihkan hati anda, cubalah, kalau tak cuba tak ada hasilnya..tak kiralah anda pernah tinggal solat, puasa, tak pernah bersedekah atau suka mengumpat, mengata atau ada penyakit hati tetapi satu je syaratnya jika anda hendak berubah atau berhijrah diri ke tahap yang lebih baik atau positif maka mulakanlah dengan menjaga “HATI”.