Jumaat, 16 Oktober 2009

TAZKIRAH-JALAN HIDAYAH

HIDAYAH- Penunjuk Jalan. Hidayah dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendaki Allah s.w.t. Hidayah juga merupakan hak mutlak Allah s.w.t. Surah Al-Qasas ayat 56 Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang kamu kasihi, tetapi Allah s.w.t yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki. Dan Allah s.w.t. lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk. Jagalah hidayah supaya tidak hilang dengan mematuhi perintah dan larangan Allah s.w.t. serta mencari keredhaannya. Orang yang tidak dapat perhatian dari Allah s.w.t hidupnya sentiasa dalam keraguan, tegang, was-was, gelisah, kabur, tidak pasti, bimbang, rungsing, cemas, takut tidak ada wang, takut mati dan takut jatuh sakit. Walaupun ada harta yang banyak tetapi jika tiada petunjuk mereka semakin sengsara dan merana. Hidayah membawa kepada ketenangan, bahagia, harmoni, damai dan tidak gusar sekalipun harga barang naik, harga petrol naik, dibuang kerja. Bukan terpekik-pekik, mencanang-canang harga barang naik harga petrol naik. Apabila ada hidayah segala kesusahan dan kesukaran didunia dianggap enting bagi mereka. Tiada apa yang susah jika Allah sentiasa bersama kita sehingga ke akhir hayat. Memohonlah pada Allah supaya hati kita tidak dibengkokkan dari jalan yang lurus dengan doa ini.
“Yaa Muqallibal qulub, tsabit qulubana 'ala diinik” maksudnya 'Wahai (Allah) yang membolak-balikkan hati, maka teguhkan hati kami keatas agamamu'. Amin. Amalkan doa ini setiap kali solat sesungguhnya kita bukan umatnya yang dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.

Nota:Adakah anda tahu bahawa hidayah sebenarnya boleh datang dan pergi walaupun sesaat. Jadi jagalah hidayah Allah s.w.t. takut-takut ia hilang dari kita.

Rabu, 14 Oktober 2009

INFO-PINJAMAN PERUMAHAN ANDA

Bagi sesiapa yang ingin membuat pinjaman perumahan saya ada beberapa perkara yang ingin dikongsi bersama anda. Mula-mula sekali anda kena pastikan samada anda layak atau tidak mendapat diskaun 5% untuk bumiputera dari pemaju perumahan sebelum anda menandatangani perjanjian jual beli rumah. Selepas itu anda boleh membuat pinjaman bank pilihan anda melalui firma peguam yang anda pilih sendiri atau pilihan pemaju perumahan.

Terdapat banyak bank yang menawarkan pinjaman perumahan yang berasaskan Perbankan Islam. Anda kena pastikan syarat-syarat wajib yang dikehendaki oleh setiap bank yang menawarkan pinjaman perumahan ini. Bank yang mesra kakitangan kerajaan ialah Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional. Manakala Bank yang mesra kakitangan swasta ialah Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Berhad, Public Islamic Bank, CIMB Islamic Bank. Apa yang anda perlu tahu di sini ialah kadar BLR, CPR dan Bank Sale Price. Anda boleh membuat perbandingan kadar BLR, CPR dan Bank Sale Price di setiap bank pilihan anda untuk melihat perbezaan kadar dan faedah yang ditawarkan oleh bank-bank yang telah anda pilih. Kerana setiap bank terdapat perbezaan dan anda boleh membuat pilihan yang bijak bagi membayar balik pinjaman perumahan anda. Ada juga bank yang boleh memberi pinjaman sehingga 95%. Ikutlah bujet anda yang termampu anda bayar.

Tip-tip bagi mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman perumahan anda, semasa anda menandatangani perjanjian perumahan telitilah perkara berikut, pertama:- adalah lebih baik anda mengambil pakej yang bukan percuma maksud saya 'with FMC' atau 'free legal documentation package' kerana ia akan menambah beban kepada pinjaman bayar balik anda. Oleh itu jangan ingat semua percuma adalah bagus. Kedua:-jika rumah anda telah siap (completed house) ambil kaedah bayaran sekaligus selama 20 tahun atau 30 tahun. Jangan ambil kaedah bayaran yang ada tahun pertama, kedua dan ketiga. Ketiga:- jangan sesekali memasukkan sekali insuran nyawa anda di dalam surat terima (Acceptance Letter) anda, asingkan insuran nyawa dengan pinjaman perumahan. Adalah lebih baik anda membeli sendiri insuran nyawa anda dengan bayaran tunai. Untuk polisi kebakaran (fire insurance) ikutlah bank kerana ada bank yang menetapkan polisi wajib dibuat dengan takaful yang bekerjasama dengan bank itu sendiri. Ada setengah bank tidak ada masalah. Didalam buku Azizi Ali yang bertajuk Langsaikan PINJAMAN PERUMAHAN anda dalam tempoh 5 tahun @ kurang ada tercatat cara untuk mempercepatkan bayaran balik pinjaman perumahan anda, mungkin anda boleh mengikut panduan yang beliau berikan.

Awas!!! Ada juga pegawai bank yang ingin mendapat komisen dari anda dengan menetapkan panel guaman untuk anda dan memasukkan insuran bersama dengan jumlah pinjaman perumahan. Anda sebenarnya boleh memilih sendiri panel guaman yang anda suka dan memilih mana-mana insuran takaful untuk dibayar tunai. Berhati-hatilah semasa membuat urusan pinjaman perumahan anda supaya anda tidak dibebankan dengan bayar balik pinjaman yang tidak sepatutnya. Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai pinjaman anda supaya anda boleh melihat perbezaan dan membuat pilihan yang terbaik untuk kredit anda..

Untuk pengetahuan anda semua, kerajaan telah mengurangkan cukai duti setem 50% untuk pembeli rumah pertama kali DAN juga mengurangkan duti setem keatas pinjaman perumahan yang pertama kali mulai 30 Ogos 2008 – 31 Disember 2010. Dan diingatkan harga rumah tersebut tidak lebih dari RM250,000.00 bagi pembelian satu unit harta kediaman sahaja. Tunggu apa lagi cepat-cepatlah membeli rumah idaman anda sekarang.
(ini adalah coretan dari pengalaman sendiri)

Rabu, 30 September 2009

TAZKIRAH-BERZIKIR MENGINGATI ALLAH s.w.t



Sebagai manusia tidak lari daripada pelbagai jenis masalah samada di rumah atau pun ditempat kerja. Justeru itu apakata kita semua mengingati Allah s.w.t. sebanyak yang mungkin. Bagaimana? Dengan menyebut-nyebut namanya iaitu berzikir. Dalam sebuah hadis Qudsi seperti yang diceritakan oleh Bukhari, Ahmad, Ibn Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim, Allah menjelaskan yang bermaksud, “Aku bersama hambaku selama dia mengingatiku dan selama mana kedua-dua bibirnya masih bergerak menyebut namaku.”
Allah mencintai hambanya yang selalu berzikir didalam seluruh aktiviti sehariannya. Semasa dalam kesenangan diucapkan alhamdullillah, semasa berlaku musibah atau malang diucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun, semasa melihat kemaksiatan disebutkan astaghfirullah, semasa melihat benda yang mengagumkan di sebutkan subhanallah dan apabila memulakan sesuatu perkara didahului dengan ucapan bismillah. Maka dengan cara ini tidak lekanglah bibir kita dari menyebut-nyebut Allah s.w.t yang sangat-sangat mencintai hambanya yang selalu berzikir mengingatinya. Berzikir bukan hanya dengan lisan semata-mata. Berzikir boleh diterjemahkan dalam bentuk perbuatan seperti belajar, berniaga, bekerja yang mana kita berpegang teguh dengan nilai-nilai akhlak islam. Moga-moga dengan perbanyakkan zikir mudah-mudahan kita beroleh husnul khatimah. Amin

Rabu, 9 September 2009

KEhANcUran pROgRAM rEseLLer

Oleh: Shuth

Akhir-akhir ini banyak betul website-website skim cepat kaya yang tumbuh dan menggunakan perkataan “program reseller” sebagai nama samaran bagi “skim cepat kaya” anjuran mereka.

Kebanyakkan website-website program reseller ini, menawarkan satu peluang “pendapatan mudah”. Kononnya, dengan hanya perlu membayar sedikit “yuran keahlian” (RM10- RM50) , mereka akan menjadi kaya raya.

Setiap ahli akan mendapat produk “sampah” & juga sebuah website reseller. Untuk mendapatkan wang yang banyak , ahli tersebut perlu mempromosikan website reseller mereka. Lagi banyak mangsa yang mereka perolehi untuk sertai dibawah mereka.. lagi banyak wang yang akan diperolehi.

Hakikat sebenar, program-program resseler ini sebenarnya, adalah merupakan skim piramid dan program skim cepat kaya versi terkini.


Mengapa saya katakan program reseller ini adalah sebuah program skim cepat kaya?

Ramai yang terkeliru dan mengatakan program reseller ini adalah sama seperti program affiliate, tetapi hakikatnya tidak.

1) Program reseller berbilang tingkat, duit yang diperolehi akan digunakan untuk membayar orang atas yang bertingkat-tingkat. Berbeza dengan program affiliate, maksimun hanyalah 2 level sahaja.

2) Ahli yang ingin dapat komisyen, perlulah menjadi ahli berbayar. Berbeza dengan program affiliate, ahli tidak perlu membayar/membeli produk untuk memperolehi komisyen mereka.

3) Produk sampah, produk yang ditawarkan pula hanyalah produk-produk yang tidak berkualiti. Ianya wujud hanyalah untuk mengelirukan dan menutup hakikat sebenar skim piramid yang mereka anjurkan. Ini kerana, jika anda mengkaji asal usul skim piramid, pada asalnya skim piramid hanyalah melibatkan wang, tiada sebarang produk yang terlibat. Namun begitu, pada hari ini, penganjur2 skim piramid ini sudah sedikit bijak, kini, mereka menggunakan “produk” di dalam urusniaga mereka.. ianya hanyalah sebagai alasan untuk mereka mengatakan, kononnya mereka bukanlah penganjur skim cepat kaya.. sebabnya, mereka ada produk. “Wang yang dibayar oleh ahli adalah untuk membeli produk”.. kata mereka.. hakikatnya.. produk tersebut hanyalah sampah dan langsung tidak bernilai. Ianya lebih bermotifkan wang (itulah tulang belakang skim piramid).

Program reseller juga tidak akan berthan lama, malahan ianya juga merugikan ramai orang.

Ini kerana program reseller menggunapakai konsep skim piramid sebagai “model bisnes” mereka. Dan seeprti yang diketahui, skim piramid adalah merupakan satu program yang rapuh dan tidak akan bertahan lama. Mengapa skim piramid tidak bertahan lama?

Kerana model skim piramid mempunyai kekangan dan ianya bergantung kepada bilangan manusia. Anda boleh lihat bagaimana program reseller/skim piramid yang menggunapakai “5 orang bawah” sebagai orang bawah akan menjadi tepu pada suatu hari nanti.

Gambarajah berikut menunjukkan, skim piramid akan tepu pada peringkat ke 13, ini kerana, pada peringkat ke-13, bilangan orang yang diperlukan untuk menyertai skim tersebut adalah bersamaan dengan bilangan penduduk dunia. Selepas itu, jika mahu cari orang lain untuk sertaiprogram tersebut, ahli-ahli di level ke-13, perlu mencari lembu, katak, monyet dan alien sebagai orang bawah mereka. Jika mereka tidak berjaya mencari orang bawah.. mereka akan rugi!.

Hakikatnya.. lembu, katak dan monyet tidak boleh menyertai mereka!. maka.. jadilah mereka orang-orang yang rugi!. Duit dah bayar jadi ahli.. tapi satu sen pun tak dapat (sebab dah tak ada orang di dunia ini yang boleh daftar dibawah mereka)

Sekarang kita lihat semula program reseller, program reseller yang sering kita jumpa pada hari ini pula kebanyakkannya adalah website yang berbahasa melayu. Secara logiknya, ianya hanyalah ditargetkan kepada orang-orang malaysia.

Dan tahukah anda? berapakah bilangan penduduk malaysia?.. Ianya adalah 24 juta orang.

Dan memandagkan program reseller ini adalah merupakan sebuah website, maka, potensi marketnya hanyalah orang-orang yang masuk internet sahaja bukan? Jadi kini.. berapakah pula bilangan penduduk malaysia yang mempunyai akses ke internet? Ianya.. adalah 4 juta.

Sekarang mari kita lihat pula gambarajah piramid di atas.
Katakanlah jika semua orang yang masuk internet di malaysia ini menyertai program reseller tersebut. Maka, program tersebut akan mula menjadi tepu apabila memasuki level ke -9.

Pada level tersebut, seramai lebih kurang 3.8 juta orang akanmengalami masalah untuk mendapatkan orang bawah. Sekali lagi, lembu, katak dan monyet tidak boleh diajak untuk menjadi “orang bawah” mereka. Kesimpulannya.. rugilah mereka.! Hangus duit yuran sebanyak RM10-RM50 yang dibayar untuk menjadi ahli.

Hakikat sebenar!

Hakikat yang sebenarnya, dari 4 juta rakyat malaysia yang online, setelah ditolak budak-budak yang hanya tahu main games di internet dan juga pakcik-makcik yang hanya sebulan sekali masuk internet untuk check resepi kuih raya. Bakinya hanyalah sekitar 2 juta orang.

Dan dari 2 juta orang itu pula, tidak ramai sebenarnya rakyat malaysia yang “bodoh” untuk menyertai program reseller ini. Dari permerhatian saya terhadap program-program reseller ini sebelum ini, saya mendapati, bilangan mangsa yang paling ramai sesebuah program reseller dapat tipu untuk menyertai program mereka ialah sekitar 1-2 ribu orang sahaja. Pendek kata, program mereka ini akan mengalami masalah kekurangan mangsa dan akan menjadi tepu pada level ke-4 atau ke-5. Dan ini, menyebabkan, hanya 36 orang sahaja (pada level 1-2) yang sempat dapat untung . Baki seribu ahli yang lain? Terlopong dan ternganga sahajalah jawapnya..

Tak percaya? Tanyalah mereka yang “kononnya” dapat beratus-ratus RM (ratus2 je.. bukannya puluh ribu pun! oh!) dari program reseller ini.. tanya mereka, mereka ahli no berapa? Kemudian, tanya pula ahli yang ke 100 atau 300, berapa RM yang meraka dapat? Pasti mereka segan nak cakap.. oh!

Kesimpulan..

Lengkapkanlah diri anda dengan ilmu supaya tidak mudah tertipu dan menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jauhilah program-program mengarut seperti program reseller ini. Banyakan membaca dan banyakkan bertanya kepada mereka yang lebih arif jika anda kurang pasti mengenai sesuatu itu. Sekian, selamat maju jaya!.

p/s:- Mungkin artikel ini akan menimbulkan sedikit kontroversi. Pasti ramai yang tidak akan berpuas hati.. tapi bagi saya.. ianya adalah perkara biasa. Ianya mengingatkan saya semula sewaktu zaman program autosurf, hyip dan siwisscash suatu masa dahulu. Ramai yang tidak berpuas hati apabila saya meneluarkan artikel dan mengatakan semua program itu adalah program skim cepat kaya dan piramid. Kita tunggu dan lihat.. masa akan menentukan…

Artikel ini ditulis oleh MohdSuhaimy.com dan anda dibenarkan untuk mengcopy paste keseluruhan artikel ini tanpa mengubah mana-mana bahagian.