Selasa, 3 September 2013

SEMUA KERANA MINYAK NAIK

SATU PERKONGSIAN UNTUK ANDA PEMBACA BLOG INI..

"Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

(1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)

(2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.

Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia ALLAH. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan.

JANGAN PANIK SANGAT BILA MINYAK NAIK..TAKKAN KURANG SESEN PUN REZEKI YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH SWT KEPADA KITA..BANYAKKAN BERISTIGFAR MOGA2 DIBUKA LAGI PINTU-PINTU REZEKI..

BILA DIRI INI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA ALLAH SWT TIADA APA YANG PERLU DI GUSARKAN..JANGAN KITA TERMAKAN DENGAN HAL REMEH TEMEH DUNIA..

Khamis, 22 Ogos 2013

MENCARI HATI YANG TENANG



Mencari hati yang tenang

            Hati yang tenang, jiwa yang tenang membawa kepada manusia yang penuh dengan kasih sayang, lemah lembut, bersyukur, gembira, sopan santun, baik, jujur, pemaaf, berhati-hati, manja daripada manusia yang berkeladak ..iaitu penuh dengan ego, dengki, pemarah, dendam, cemburu, iri hati, terburu-buru dan sebagainya..Yang manakah satu pilihan anda, manusia tenang atau berkeladak.. Pastinya yang tenang bukan...Bagaimana cara untuk mencari hati yang tenang, bagaimana kita ingin mengwujudkan hati yang tenang dalam diri kita..Kenapa kita kena wujud diri yang tenang dalam diri kita dan disekeliling kita..untuk apa semua itu..pastinya saya akan kupas satu persatu sebab mengapa kita perlu mencari hati yang tenang...Sebab jika hati tidak tenang ia membawa satu isyarat buruk pada orang sekeliling kita dan masyarakat dan akhirnya isyarat itu memakan diri kita sendiri.. Hati yang tidak tenang menyebabkan kita sering komplen, melatah, tidak puas hati, merungut-rungut..dan disebabkan tidak dirawat takut-takut ia akan menjadi penyakit hati yang lebih teruk dan lebih teruk lagi jika mengajak orang lain berpenyakit hati sama..bahayakan..Boleh komplen, merungut-rungut mcm sesunggut tetapi dengan Allah swt..bukan dengan manusia..sebab Allah swt akan menunjukkan jalan dan lorongan untuk menjawab dan menyelesaikan ketidakpuasan hati kita..Manusia itu tiada kuasa,  yang ada hanyalah HAWA NAFSU.


Berzikir:-berzikir adalah satu cara kita mengingatkan diri kita dengan Allah. Kenapa ada diantara kita  pergi ke majlis zikir, selawat untuk apa..?.Apa yang anda rasa dalam majlis itu ..satu ketenangan diri yang pasti sukar untuk diungkapkan..Amalkan zikir walaupun satu ayat  tetapi konsisten di mana-mana jua dan dalam keadaan apa sekalipun supaya hati terhindar dari hiruk pikuk masalah dunia yang sebenarnya mampu memberi seribu penyakit jiwa seperti kemurungan, skizofrenia, celaru identiti, krisis kendiri, halunisasi, stress dan sebagainya.


Membaca Kitab Allah iaitu Al-Quran. CARIlah pengertian didalam setiap ayat Al-quran pasti ada penawarnya. Ambil pengajaran dan ikhtibar diatas peringatan dan amaran Allah swt disamping itu terdapat juga nasihat dan penawar bagi mereka yang mengkehendaki petunjuk dan penyembuhan daripada Allah swt. Membaca Al-Quran adalah satu cara ubat untuk penenang hati jadi tak payah lah kita mengambil ubat barbiturat atau tranqulaizer untuk tenang kan hati.. Rapatkan hati anda dengan kata-kata Allah untuk ketenangan semulajadi. Barangkali anda ingin menasihati anak maka bacalah Surah Lokman, barangkali anda ingin kaya raya bacalah Surah Al-Waqiah, Barangkali anda inginkan cahaya mata bacalah kisah Nabi Zakaria dalam Surah Barangkali anda inginkan anak yang pintar, cantik, tampan bacalah Surah Mariam dan Yussuf, Barangkali anda ingin mengubati anak yang nakal bacalah Surah Toha atau barangkali ingin mengikat hati suami anda, Barangkali anda inginkan untuk menghindari penyakit kanser maka bacalah Surah Yunus, Maidah, Al-Kahfi dan barangkali apa yang saya tahu adalah sangat sedikit maka anda hendaklah mencari lebih daripada apa yang saya tahu.


Bersedekah lah semampu yang boleh..duit, senyuman, hadiah dan sebagainya..dalam law of giving apabila kita memberi, kita akan dapat lebih dari itu. Bersedekahlah untuk membersihkan hati kerana kita tidak tahu perbuatan mana yang mengundang hati kita gelap walaupun jasad berada dalam keadaan terang. Disaat kita merasa hati kita berat untuk memberi tapi kita tetap bersedekah di saat itu jugalah Allah swt memberi ganjaran yang lebih banyak kerana kita menundukkan hati yang ego dan keras kerana Allah swt. Dan disaat diri kita berasa bakhil dan disaat kita berasa sayang untuk memberi harta kesayangan kita..dan disaat itulah kita memberi maka disaat itu jugalah hati kita ditundukkan dari kebanggaan dan kesombongan semata-mata kerana Allah swt. Dan disaat itulah Allah swt memberi ganjaran yang berkali ganda diatas perbuatan sedekah pada saat hati kita sedang berbelah bagi.


Redhalah pada ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah swt. Apabila kita tidak layak mendapat jawatan yang selayaknya untuk diri kita..tentunya kita akan berasa rendah hati dengan kawan-kawan sekeliling.. tapi jangan berasa demikian..sebaliknya kita redha pada rezeki Allah swt tetapi jangan putus asa. Carilah sesuatu yang boleh menaikkan keyakinan diri, pengikhtirafan diri dan kebolehan diri setaraf dengan kelayakkan yang kita dapat. Berniaga contohnya..buatlah sampai berjaya dan mendapat kepuasan untuk diri sendiri, ini sikit sebanyak kita dapat mengubati hati kita supaya tidak berasa cemburu atau iri hati terhadap orang lain..Secara realitinya memang kita banyak penyakit hati tetapi kita salurkan ke tempat lain dengan mencari jalan mengubati hati kita dari berasa cemburu, sakit hati dan iri hati ..maka hati akan berasa tenang..Jika kita pandai dalam sesuatu ilmu, tuliskan untuk orang lain mendapat manafaat dengan niat untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka..tentunya ini mendatangkan kepuasan pada diri bukan..dengan kata lain juga kita boleh mengumpul pahala untuk bekalan di sana. WUJUDkanlah ketenangan dalam diri tatkala kita tidak mendapat sesuatu yang kita harap-harapkan atau idam-idamkan atau kehilangan barangan kesayangan sebelum syaitan WUJUDkan huru hara dalam hati kita. Semoga hati kita tidak dibawa kepada perasaan negatif atau tidak puas hati, atau jika WUJUD sekali pun perasaan negatif itu maka cepat-cepatlah salurkan ke tempat lain..


Mencari ketenangan dengan sunnah nabi..lihat diri nabi kita, baginda adalah manusia yang paling paling tenang didunia ...Masya-Allah..Subhana-Allah..apa yang Nabi ajar pada kita....Nabi ajar ketenangan di setiap perbuatan dan pertuturannya..inilah nilai ketenangan yang Nabi ajar..Para suami sekalian, *nabi tidak pernah melenting pada Aishah kerana tidak menyediakan sarapan dan disaat perut Nabi perit menahan lapar..lantas Nabi berpuasa..*Aishah pernah memarahi nabi..lantas nabi memicit hidung Aishah, lalu nabi berdoa supaya Allah swt melembutkan hati isterinya itu..di sini anda dapat lihat ketenangan yang nabi ada memadamkan api kemarahan yang diciptakan oleh syaitan..dan perkara itu tidak berlarutan..anda juga boleh cuba bukan..*Satu hari giliran Aishah menjaga nabi, isteri nabi yang lain itu membawa sepinggan kuih untuk nabi..Aishah menyambut lantas Aisyah berkata hari ini giliran ku, aku tahu nak menjaga nabi..ditepisnya kuih tadi lalu jatuh ..nabi melihat kejadian itu dan berkata ganti semula pinggan tadi..nabi tidak melenting..nabi tidak marah dan nabi tidak memasam muka....*Para suami sekalian, bantulah isteri anda di rumah..isteri pasti berasa sejuk hati diatas pertolongan anda..apa yang para suami dapat dalam tolak ansur itu ialah sebuah ketenangan dan keharmonian dalam rumahtangga kerana isteri tidak membebel, tidak membentak-bentak...malah isteri akan tersenyum kesukaan..tidak sukakah kalian sebuah ketenangan yang dicipta sesama suami dan isteri membawa kepada keceriaan...Sebenarnya kita boleh CIPTA ketenangan itu sesama pasangan kita tapi kena ada kerjasama, barulah rasa manis dan nikmatnya..Buanglah ego tu ke laut..kerana ego, anda dan pasangan anda makan hati..Satu lagi tips yang boleh anda ikuti iaitu makan setalam dan solat berjemaah..Makanlah bersama isteri dan anak2 dalam satu talam..Alangkah indahnya suasana yang sedemikian diikuti dengan senda gurau..buatlah jika ia mendatang kedamaian dan ketenangan dalam rumahtangga anda walaupun sebukan sekali..Suami isteri yang bersembahyang berjemaah, Allah swt memegang kasih sayang mereka selagi mereka memegang pada tali-tali Allah swt..Kesimpulannya, CIPTAlah..CIPTAlah..CIPTAlah kalian ketenangan dengan mengikut sunnah nabi..bacalah kisah nabi kita...banyak pengajaran yang boleh diikuti untuk menjadi manusia tenang..lihat cara  nabi memilih makanan nabi tidak mengambil ikan dengan daging dengan ayam dalam satu menu..nabi kurangkan makan daging..kerana sifat daging yang panas menyumbang kepada sikap baran, lihat cara nabi tidur..tidur juga mempengaruhi keselesaan kita selepas bangun dari tidur. Walaupun nabi pernah dibaling batu dan dilemparnya tahi namun dia tidak membalas..kenapa nabi setenang itu???? kerna Allah swt  ada dihati dan disisinya. Bagaimana diri kita hendak merasai kehadiran Allah swt, anda akan dapat merasai kehadiran Allah swt jika hati anda tenang  (sebenarnya Allah swt memang hadir disetiap hati manusia tetapi kenapa ada yang tidak merasa akan kehadirannya itu....dan kenapa ada yang merasa sehingga anda tidak berani untuk melakukan dosa/kesalahan..carilah jawapannya dengan bertanya pada diri anda sendiri, jawapannya ada pada anda..samada anda ingin mengubah diri anda atau tidak bergantung kepada kesedaran masing-masing..sebabnya anda semua dah besar dan boleh berfikir dan boleh bertindak bukan..)...lihat tulisan saya sebelum ini..iaitu Terapi Hati jika kalian tahu menilai pasti kalian dapat mencari dimana ada ketenangan itu tersembunyi..


Solat sunat, berpuasa sunat dan berwuduq dapat melemahkan nafsu amarah..nafsu amarah wujud disebabkan penyakit hati dan kawalan emosi yang terlalu negatif..Apabila kita berpuasa, ia mendidik kita menjadi seorang yang sabar dan tenang. Ketenangan yang dihasilkan dari perbuatan berpuasa itu memberi kita kehidupan yang lebih baik, di mana ia dapat menghapuskan kemarahan kita daripada perkara yang sekecil-kecil..kerana orang yang marah takkan tenang, orang yang sakit hati takkan tenang, orang yang berdendam takkan tenang..orang yang berjiwa keladak takkan tenang..Berwuduqlah diketika kita sedang marah sekurang-kurangnya dapat melawan kemarahan yang ciptakan daripada api dan memadamkannya dengan air...Cara yang lain untuk melemahkan nafsu amarah adalah dengan bersolat sunat, diketika kita hendak marah lebih baik dihalakan kemarahan kita dengan berkomunikasi dengan Allah swt..dan caranya adalah mendirikan solat sunat 2 rakaat...Cara yang lain lagi adalah menyibukkan diri dengan aktiviti riadah..iaitu samada kita berkebun, bersukan, bertukang, menjahit, mengarang, menyapu, membasuh pinggan, membela ikan, memasak dan sebagainya. Ketenangan yang wujud disetiap pekerjaan yang anda lakukan akan memberi impak keseronokkan dalam diri. Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah cara untuk mengatasi hati yang sedang panas mengelegak dengan meredakannya atau menenangkan ia melalui solat, puasa dan wuduq serta aktiviti riadah..


Muhasabah diri, duduk disatu sudut dan scan diri sendiri ..apakah kebaikkan, apakah sumbangan, apakah pemberian dan apakah dosa /kesalahan yang telah kita lakukan disepanjang hidup kita..adakah sudah cukup, adakah kita sudah puas hati dengan diri kita terhadap Allah swt..Adakah anda tahu..munasabah diri selama seminit lebih disukai Allah swt berbanding beribadat sepanjang waktu dengan hati yang riak dan tidak ikhlas. Kerana muhasabah diri adalah penyesalan diri kita keatas perbuatan kita yang lalu dan Allah swt amat menyayangi orang yang menyesal dan bertaubat lebih dari orang yang beribadat tapi tidah bermuhasabah diri walaupun sekejap. Oleh itu ambillah masa sesaat anda dalam setahun untuk bermuhasabah diri..menangislah dan tunduklah hati anda dihadapannya cukup membuat hati anda tenang...dan tenang...dan tenang..

Lihat kekuasaan Allah swt ..NIKMATIlah ketenangan dalam setiap ciptaan Allah swt. Lihat gunung, lihat laut, lihat langit, lihat tumbuh-tumbuhan..Adakah kita setenang alam ciptaan Allah swt..Alam ciptaan Allah swt berzikir, ikan dilaut berzikir, tumbuh-tumbuhan hidup berzikir sebab itu lah kita berasa tenang apabila melihat pemandangan..Ajar anak-anak anda sedari mereka tujuh tahun itu menyebut Subhana-Allah apabila melihat kecantikkan ciptaan Allah swt, apabila melihat kilat dilangit..Ajar anak anda menyebut alhamdullillah apabila dikurniakan sesuatu, apabila bersedawa..Ajar anak-anak anda memuji Allah swt dengan menyebut Ya Allah..Ya Rusul..Ya Rahmat..Dan apabila mereka sudah berumur dalam lingkungan 12 tahun baru ajar anak itu La Illah Ha Illallah (20 ribu ekor burung akan membuat bising kepada malaikat sehingga malaikat meminta keampunan untuk diri kita daripada Allah swt)...dan seterusnya apabila meningkat dewasa, maka bertambah lagilah zikir kita kepada Allah swt supaya hati kita sentiasa tenang.


KESIMPULANNYA:-

-Ciptalah..ciptalah..ciptalah lebih banyak ketenangan samada sesama suami isteri, ahli keluarga atau diri sendiri..pasti anda akan lihat ketenangan disekeliling anda..bukan mencari alasan untuk berasa ego, iri hati, sakit hati mahupun dendam.

-Carilah ketenangan didalam apa jua bentuk. Di situ anda akan melihat dengan mata hati anda betapa setiap yang Allah swt suruh, larang, jadikan, ciptakan, wujudkan tidak pernah yang sia-sia.. Semuanya bersebab dan berguna bagi mereka yang melihat.

-Wujudkan ketenangan diri dengan zikir, solat, puasa, bersedekah, membaca Al-quran, redha, muhasabah diri dan melihat kekuasaan Allah swt sebelum Syaitan mengWUJUDkan huru hara dalam hati anda..PERANGI lah Syaitan yang wujud dalam darah dan nafas anda..

-INGAT!!!!!!!!..org yang berjiwa keladak takkan tenang, orang yang sakit hati takkan tenang, orang yang berdendam takkan tenang, orang yang marah takkan tenang, orang yang mengata orang lain takkan tenang..sebab tak tenang inilah banyak fitnah ditaburkan sehingga melampau-lampau, mencetuskan huru hara dikalangan masyarakat..Kembalilah kepada ajaran Nabi Muhammad saw dan Al-Quran nercaya kita takkan sesat. Jangan dekat, jangan ambik tahu, jangan ikut, jangan pandang sipi pun dengan sebarang ajaran yang selain dari Ajaran Nabi Muhammad saw iaitu Islam..Cari Allah swt dalam hati anda semua..Insya-Allah ..Allah swt sendiri (bukan manusia, bukan buku, bukan alam sekitar)..akan pandu anda kejalan hidayah atau Nur..

-Hati yang tidak tenang tidak akan dapat melihat atau petunjuk akan kebenaran walaupun kebenaran itu jelas didepan mata kerana hati mereka sudah dipenuh dengan keladak dan kebencian..jangan begitu takut-takut nanti DAJJAL muncul pun hati tidak boleh nampak...AYOH!!AYOH!! jernihkan hati, bersihkan hati, sucikan hati..


-Komplenlah walau anda hilang duit sepuluh sen pun, Bersungutlah jika ada orang tak sayang anda pun.. bersungutlah dengan Allah swt, lepaskan rindu anda kepada Allah swt, lepaskan kesulitan anda kepada Allah swt...nercaya hati anda akan tenang sangat-sangat. Kerana apabila anda berkata-kata pada Allah swt sesungguhnya RAHMAT Allah swt akan datang tak sampai sesaat pun...cubalah ye...

-Kekuatan hati adalah bersolat di sepertiga malam..menangislah mengadulah bersungutlah kepada yang AHAD. 

*Jika anda ingin jadi manusia yang tenang..terlebih dahulu sila BERSIHKAN HATI anda dan JAGAI HATI anda ye..buat TERAPI HATI yang saya kupaskan itu..Insya-Allah..Allah swt memudahkan anda menjadi Manusia Yang Paling Tenang.






Isnin, 2 Januari 2012

TERAPI HATI..


Sudahkah anda membersihkan hati anda?Belum..Mari, saya tunjukkan bagaimana nak jaga hati, nak bersihkan hati, nak ikhlaskan hati terlebih dahulu sebelum hati itu menjaga Ibadah kita pula..tengok bagaimana kita boleh membuat hati menjaga ibadah dan cara hidup kita..Sebab itu saya berharap sangat semua pembaca mulai dari sekarang tolong tingkatkan ilmu anda..baca buku yang boleh meningkatkan ilmu agama anda, baca buku yang boleh merapatkan anda dengan Allah s.w.t., baca buku yang dapat mengenal diri anda sendiri dan tolong sangat tolong tinggalkan perkara atau perbuatan sia-sia seperti perhimpunan haram, ceramah kutuk mengutuk tolong bezakan perkara yang boleh dan tidak boleh, tolong jangan ikut orang tanpa ilmu didada..tolong dan tolong tinggalkan semua ini, mulakan langkah yang baru..dengar ceramah berkaitan dengan akhirat, berkawan dengan ulamak akhirat, baca buku yang yang berteraskan ilmu yang positif, dengar pada perkara yang positif, lihat pada yang positif dan alihkan semua aura-aura anda kepada yang positif....supaya hati anda juga positif..

Anda pasti tahu Solat itu amat berat bagi orang yang Malas tapi TIDAK bagi orang yang menjaga Hatinyer..Tanpa membuang masa mari saya tunjukkan kepada anda supaya kita sama-sama jadi jiran di syurga..tak guna saya simpan sorang-sorang ilmu ini tanpa menyebarkannya..Apa yang saya berikan ini adalah lorongan dan jalan yang boleh anda ambil sebagai panduan, nak lebih kena cari, gali dan berusahalah sendiri. Kerana bukan semua diantara kita yang boleh terima dengan perkara yang begini, maka beruntunglah bagi mereka yang nampak akan kebaikkannya dengan pandangan MATA HATI ....

Dan apa yang perlu kalian tahu ialah..
YANG PALING BERKUASA DALAM DIRI MANUSIA IALAH HATI..HATI UMPAMA RAJA, PANCAINDERA & SEGALA ANGGOTA BADAN BAGAIKAN RAKYAT YANG TUNDUK PATUH KEPADA PERINTAH HATI


Mula-mula kita perlu bersihkan hati, macam mana nak bersihkan hati?

Pertama, doa. Setiap kali solat atau bila-bila masa kita yang lapang mohonlah agar Allah s.w.t. menyucikan hati kita dari segala rasa tak puas hati, marah, iri hati dan sebagainya dan diberikan hati yang bersih, ikhlas dan rendah hati semata-mata kerana-Nya.

Kedua, zikir. Kalau kita baca buku Tok Kenali, Tok Kenali berzikir dengan surah Al-Ikhlas, kita pula pilihlah satu untuk dijadikan zikir harian. Tiap-tiap hari buat (konsisten), mulakan dengan 30x, 100x, 1000x dan seterusnya. Kalau tak mampu buatlah sekadar yang boleh dan secara konsisten, ini yang penting.

Ketiga, banyakkan dengar pada perkara-perkara yang positif, kurangkan dengar muzik, dengar ceramah yang kurang baik, jangan lihat pada perkara-perkara negatif, kurangkan bercakap perkara yang tidak faedah atau sia-sia, membaca buku yang tiada aura positif. Sepatutnya kita pusatkan semua pendengaran dan penglihatan kita pada perkara yang positif. Bila aura positif dikeliling kita rezeki senang masuk, hidayah pun senang masuk, pertolongan Allah s.w.t. pun senang terima..

Keempat, rawat hati dengan ayat suci Al-quran. Ini adalah satu kaedah terapi yang sangat mujarab. Rawatan hati dengan menggunakan ayat suci Al-Quran. Baca Al-Quran saja pun boleh dengan tafsir sekali pun lagi bagus. Bagi diri saya, saya lebih suka baca Surah Yassin..setiap hari...pada diri kalian terpulanglah. Tapi memang mujarab bila kita ada penyakit hati, masalah hati, masalah dunia, rawatlah dengan ayat Al-Quran..Insya-Allah dilapangkan selapang-lapang jalan....bayangkan masalah hati yang sakit akibat orang mengumpat boleh hilang macam tu aje..fuhhh..lega

Kelima, berbicara dengan Allah s.w.t. Selalulah berbicara dengan-Nya. Nak cakap dalam hati pun boleh nak cakap perlahan-lahan pun boleh. Tapi janganlah sampai orang dengar. Nanti dikatakan gila ke cakap sorang-sorang. Tapi mereka tidak tahu yang anda sedang bercakap dengan Allah s.w.t. Selalunya apabila kita berbicara dengan Allah s.w.t., tak kiralah kita berbual kosong ke, kita bertanya soalan ke, kita sedang mengucapkan terima kasih ke ...semua ini akan dijawab oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan seperti surat khabar, ceramah, buku dan sebagainya. Pernah tak kita dengan secara tak sengaja terbuka buku yang tak pernah kita baca, tapi bila di belek-belek ada jawapan yang kita sedang fikirkan selama ini..Ini lah petunjuk yang dimaksudkannya..dengan adanya lorongan-lorongan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada kita, nercaya kita sedang dibimbing kejalannya. Lihatlah betapa penyayangnya dan pemurahnya Allah s.w.t. sedang memandu kita berada diatas jalan-nya yang benar. Dan jika hidayah ini tiada, maka seperti cacing kepanasanlah kita, teraba-rabalah kita dalam terang, hati kita gundah gulana seperti kehilangan kekasih hati...

Keenam, solat malam dirikanlah..manakala solat wajib jangan tinggal..Di sini saya ingin memberi tips bagaimana membuatkan hati anda suka pada solat..caranya begini..Bila tiba waktu solat sentiasa berkata Allah dah panggil saya, saya pun suka/rindu/sayang sangat nak jumpa Allah..cepat-cepat ambik air sembahyang..lama-lama anda buat macam ni..anda “training” hati anda macam nie..Insya-Allah senang hendak solat. Bila anda cakap perkataan rindu, sayang nak jumpa..lama-lama memang anda rindu kalau tak jumpa..dan bila sudah terbiasa, anda sudah tidak payah lagi nak cakap rindu ke sayang ke..hati anda dan kaki anda terus sahaja melangkah untuk dirikan solat..terdorong macam tu aje..mudah sangat..sebab memang hati kita rindu bila tak membuangkan segala masalah dunia ini pada dia..Dan kebaikkan hasil dari “training” ini, bila anda terdetik je nak solat malam..memang mudah sangat seolah-olah kita digerak untuk bangun malam..jam badan kita sudah mula berfungsi..

Ketujuh, perbanyakkanlah berpuasa. Sebelum nak perbanyakkan berpuasa sunat..lihat dulu puasa wajib anda. Adakah anda sudah merasa akan kemanisan dan kenikmatan setiap kali bulan Ramadhan tiba. Apabila anda berasa suka hati akan ketibaan Ramadhan anda juga akan berasa senang dan mudah untuk berpuasa Sunat....kenapa saya berkata begini sebab ikhlas. Anda kena ada hati yang sangat ikhlas untuk melakukan sesuatu ibadah terutama yang melibatkan nafsu. Nafsu makan sukar nak tahan-tahan..apatah lagi berpuasa bukan dalam bulan Ramadhan..godaan..betul tak?Macam mana nak membina hati yang ikhlas..niatlah dihati kerana Allah s.w.t...Insya-Allah apabila hati mendengar niat kerana Allah s.w.t., ia akan tunduk.


Yang seterusnya jaga hati, bagaimana nak jaga hati?

Pertama, tolong buangkan semua sikap kita yang suka mengumpat, mengata, mengeji, bersangka buruk, mengutuk, bajet bagus, mencerca, mengadu domba semualah sikap yang sangat-sangat negatif ini. BUANG SEMUA..Banyakkan mendiam diri dulu, kita diam bukan sekadar diam ye, diam-diam kita untuk menjauhkan mulut kita dari berbicara perkara yang sia-sia atau terngumpat orang, jangan pula kalau sesiapa bertanya kita diam pulak ye..Dan jika ada sesiapa dikalangan teman kita yang mengumpat sila tinggal kumpulan tersebut..atau nasihatkan dia supaya tidak berbuat demikian..kalau tak makan saman dengan cara terhormat sila elak kawan atau teman seperti itu. Kenapa sebab jika kita dengar sama maka pahala solat kita habis semua bagi kat orang kita ngumpat, terima kasihlah banyak-banyak kerana memberi pahala percuma..(kalau tak caya sila rujuk hadis). Kalau terngumpat sila istighfar banyak-banyak moga-moga Allah s.w.t. mengampunkan dosa kita. Belajarlah berkata yang baik-baik, berfikir yang baik-baik, pandang yang baik-baik, Insya-Allah hati anda juga baik-baik.

Kedua, tolong buang semua penyakit hati didalam diri. Jangan ada iri hati, dengki, sombong, berlagak, sakit hati, dendam, marah dan sebagainya. Buang semuanya penyakit hati ini...Misal kata kita terlihat seorang kafir ini (bukan kafir harbi ye, kafir tu memang dah tegar tolak Islam), kita kutuk dia dengan mengata dia ni pasti masuk neraka jahanam. Ajar hati kita, cakap dengan hati kita, jika dia mengucap 2x Syahadah dia terus bersih sebersihnya dari dosa..tapi kita belum tentu sebersih macam dia..apa anda rasa..rendah hatikan..begitulah yang patut kita buat jika kita hendak didik hati kita supaya tidak bangga diri dengan apa yang kita miliki.
Jika ipar duai kita atau mak mertua yang suka dok kutuk kata belakang kita ke depan kita ke, apa yang kita perlu buat, doakan dia supaya dia sedar diri sebab mereka mungkin tidak terima hidayah dari Allah s.w.t. sebenarnya, kesiankan mereka..sebab hati mereka banyak sangat sifat negatif langsung tak nampak cahaya Ilahi. Oleh itu kita minta dari Allah s.w.t. supaya dikurniakan hidayah keatas hati mereka. Jangan kita membalas pula, kita duduk diam-diam. Biar kerja-kerja ini Allah s.w.t. yang selesaikan. Nampak tak caranya? Kita pula teruskan persiapkan diri kita untuk bertemu dangan Allah s.w.t., itu yang penting.
Jika kita marah, sakit hati atau berdendam dengan orang, maafkanlah sahaja, sebab dengan maaf kita buang penyakit hati ini. Jika kita berasa iri hati dengan kekayaan orang lain katakanlah, kita cuba renung balik apa yang Allah s.w.t. berikan pada kita, ada tak orang disekeliling kita menyusahkan kita, cukup tak apa yang Allah s.w.t. berikan..Kalau jawapan kita tiada orang yang menyusahkan diri kita dan cukup segalanya, bersyukurlah kerana kalau teman kita tu banyak duit pun dia hendak bantu ahli keluarga dia sakit ke, susahke, jadi kita cakap kat hati kita bahawa Allah s.w.t. telah berlaku adil pada semua makhluknya, semuanya ada bahagian masing-masing dan sangat adil. Dengan perasaan yang demikian penyakit iri hati, dengki tu semua hilang, maka dengan tidak semena-mena Allah s.w.t. akan tambah rezeki kita lagi kerana kita telah bersyukur. Macam itulah hendaknya, buang semua penyakit hati lama-lama kita dengan senang membebaskan diri kita dari penyakit hati. Mudahkan. Perbanyakkan latihan, bila sesuatu kejadian atau lintasan yang negatif di fikiran atau masalah, cuba kita kembali kepada-Nya dengan memotivasikan diri kepada minda yang positif supaya hati kita juga positif dan menolak jauh semua penyakit hati ini.

Ketiga, maafkan semua orang walaupun pedih, tapi maaflah. Sebelum tidur, ambil wuduk, doa dulu atau mengucap, maafkan semua orang (termasuk ibu bapa) yang pernah menyakiti hati kita samada hidup atau yang sudah meninggal lepas tu istighfar sampai kita lena..

Keempat, cari kawan yang pemikiran positif dan hatinya ingin kearah kebaikkan. Mulai dari sekarang tolong pilih kawan yang mengajak kita ke syurga. Insya-allah senang hidup anda. Jika orang tidak mahu kawan dengan kita pun, tak perlu susah hati, Allah s.w.t. kan ada. Jadilah teman dia, berdampinglah dengan dia lagi seronok.. Nampak tak caranya, semua permasalahan kita positifkan ia supaya hati kita mudah di lentur, lembut, rendah hati, senang dengar kata kerana semua ini akan menyenangkan hidayah untuk bertapak. Kesimpulannya, berkumpullah dengan orang yang soleh-soleh, Insya-Allah anda juga Soleh/Solehah.

Kelima, tingkatkan ilmu. Ini penting sangat-sangat. Ada ilmu barulah boleh beramal takut sesat..Nak mengenal hati bacalah buku berkaitan dengan Hati, kalau nak mempebetulkan cara ibadah baca buku yang berkaitan, kena adalah sedikit ilmu sebab kalau kita pergi ke majlis ilmu kita akan tapis setiap ceramah yang kita dengar..bila tak jelas kita tanya soalan atau cari balik buku-buku rujukan, bukan ambil bulat-bulat isi butir yang penceramah berikan. Dia juga manusia tak lari dari kesilapan. Walaupun kita dilahirkan beragama Islam dan belajar mengenai Islam di sekolah sebenarnya itu belum cukup lagi..Diri kita sendiri kena cari lebih dari itu, teroka lagi ilmu Allah s.w.t. banyak lagi ilmu yang kita ketinggalan, ilmu-ilmu yang tahap tinggi seperti ahli-ahli sufi dapat kita pun boleh dapat tapi bagaimana caranya kenalah berusaha mencarinya dari sekarang.

Keenam, hindarkan dari memberi signal-signal negatif kepada alam sekeliling....jika ada masalah atau kekurangan pada diri..jangan suka memberi kata-kata negatif sebaliknya selalu berkata pada diri kata-kata yang positif..cthnya: kalu kita tak cantik pun kata cantik..kerna apabila kita selalu berkata dalam diri perkataan cantik..satu hari nanti secara anda tidak sedar, diri anda juga berubah kearah itu..Apa-apa pun kelemahan just cakap yang positif....Insya-Allah your dream will be come true..Kenapa boleh jadi begini..sebab minda bawah sedar anda yang bekerja menjadi apa yang anda fikirkan..begitu juga jika anda hendak mengenali Allah s.w.t. Niatkan dalam hati ..tiap-tiap hari niat nak mengenali Allah s.w.t., jangan lupa buat apa yang Allah s.w.t. suruh dan tinggal apa yang dilarangannya..Insya-Allah anda pasti akan kenal dan sayang dengan Allah s.w.t. lebih dari manusia.


Akhir Sekali....

Dan IKHLASKAN hati, ikhlaskan hati anda dalam melakukan 2 perkara diatas iaitu semasa menjaga hati dan semasa membersihkan hati. Niatkan dalam hati tujuan kita dan niatkan kerana Allah s.w.t. Dengan berniat kita tidak akan terpesong dari jalan yang lurus dan Allah s.w.t. akan memimpin kita. Memimpin hati kita kearah yang betul yang mana selama ini kenapa kita malas sangat nak bersolat, kenapa suka cakap banyak, kenapa buat perkara sia-sia, kenapa itu kenapa ini..semua akan terjawab. Apabila kita ikhlaskan hati, segala perbuatan, pertuturan dan pemikiran kita bergabung menjadi satu matlamat iaitu mendapat ReDHA Allah s.w.t. Hati yang ikhlas, jiwanya bersih, hidayah pun senang masuk..sebab itu IKHLAS adalah aura yang tersangat penting untuk menjayakan misi kita bertemu dengan ALLAH s.w.t. di akhirat nanti.



Apa Hasilnya Jika Anda Melakukan Terapi Hati?


Ya, anda bagai tedorong untuk melakukannya tanpa rasa malas, tertangguh-tangguh, Bila sampai waktu terus mendirikan solat, bila ada orang meminta terus kita memberi, setiap kali solat tak ketinggalan membaca Al-Quran, nak buat kebaikkan terus buat tanpa ternanti-nanti..beginilah keadaan orang yang menjaga “Hati” memudahkan cara hidup mereka. Penuh dengan keimanan dan ketakwaan yang sangat ikhlas. Hati kita sendiri bagai terdorong dengan sangat sangat mudah..Masya-Allah, Subhana-Allah..tak tau nak cakap. Inilah yang saya katakan “hati” itu dapat menjaga 5 rukun Islam dengan senang sekali. Kesimpulannya: segala IBADAH kita akan terjaga.

Inilah hakikatnya, bila hati dijagai dibersihi..Insya-Allah Ibadah kita senang..sungguh senang nak didirikan, dijalankan, ditunaikan tanpa paksaan, tanpa perlu berdolak dalik lagi, tanpa suruhan ..Nampak tak? Kita juga senang sangat-sangat terima hidayah atau petunjuk dari Allah s.w.t.

Demikian juga bagi orang yang menjaga hati, KESIHATAN diri lebih baik dari orang yang tidak menjaga hati. Tiada penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi atau buah pinggang, terdapat kajian yang telah membuktikkannya (kalau rajin bolehlah cari). Kajian di barat menunjukkan gaya hidup orang yang bermasalah dan orang yang positif terhadap penyakit yang dihadapi. Didapati orang yang positif, hayat mereka panjang dan tiada penyakit begitulah sebaliknya..kenapa ini berlaku, orang yang menjaga “HATI” dirinya tenang, aman, tidak celaru, mudah, tersusun, lemah lembut, positif, tidak pernah berputus asa..itulah kunci kesihatan mereka. Sekarang nampak tak bagaimana hati menjaga kesihatan kita, dan lagi wajah kita ni awet muda!!

Dari segi KESELAMATAN pula, anda nak tahu macam mana hati boleh menjaga keselamatan diri kita..orang yang menjaga “Hati” senang mendapat gerak hati atau kata hati yang sangat kuat. Jika ada bahaya yang bakal terjadi atau orang yang mempunyai niat yang tidak baik, gerak hati mereka atau kata hati akan memberi signal-signal atau lintasan amaran, waspada yang kita sendiri akan tahu..lihat...kuasa hati yang Allah s.w.t. berikan amat berguna pada diri kita yang lemah ini.


Dan orang yang menjaga hati, akan terjaga sama seluruh REZEKI dan pendapatannya dari perkara-perkara haram dan subhah....kerana hatinya bersama Allah s.w.t., maka nafsu kehendak dan keinginan kurang. Bukan tak nak langsung tapi kurang. Misalnya, pakaian yang cantik-cantik, saya pun suka tapi kurang bukan berlebihan sehingga terpaksa mencari duit yang tidak tahu puncanya (rasuah, amalan riba, skim cepat kaya, duit infiniti) semata-mata untuk memenuhi selera. Makanan juga tak perlu bermewah hanya sekadar untuk mengenyangkan perut sahaja supaya tidak tumbang semasa menjalankan ibadah. Emmm,. jikalau anda sanggup berbuat demikian, Insya-Allah badan anda tidak akan gemuk..Apabila kehendak dan keinginan kita tidak berlebihan, Insya-Allah kita mampu menjaga perkara-perkara haram dan subhah dalam pendapatan dan rezeki kita perolehi. Krna hati yang bersih dapat menurunkan nafsu yang berlebih-lebihan..tapi tak salah untuk kita berlebihan jika kita dapat memberi pada mereka yang kekurangan..Dengan keseimbangan ini juga dapat membersihkan harta kita dan dapat merendahkan hati kita juga. Ramai sahabat Nabi yang kaya raya..Abu Bakar Al-Siddiq juga kaya..saya juga suka pada kekayaan..:)

Dan ILMU kita, sebenarnya apa yang saya tulis ini adalah datangnya dari Allah s.w.t. Dia yang memberi idea dan ilmu ini kepada saya untuk berkongsi dengan para pembaca yang disayangi. Berterima kasihlah dengan rasa syukur kerana dia membenarkan ilmu ini dikongsi melalui saya diatas kehendaknya jua..Apa-apa jua ilmu yang anda dapat dari-Nya boleh ditarik bila-bila masa yang dikehendaki..dan semua dan segala-galanya adalah pinjaman termasuk O2 dan saya sebenarnya adalah seorang papa kedana di dunia ini.

PANCAINDERA..apabila hati kita baik..maka ia akan mempengaruhi segala pancaindera untuk melihat, mendengar, perbuatan, perkataan yang baik-baik...Jika anda ditempat kerja bermain dengan duit, mata anda tidak akan memandangnya sebagai peluang tetapi sebagai amanah..kenapa kita boleh bertahan melihat duit itu kerana mata hati kita telah mengambilalih dari nafsu. Kerna kerja kita ikhlas kerana Allah s.w.t..Begitu juga dengan melihat benda-benda prono..mungkin satu masa dulu kita semua pernah lihat tetapi apabila mata hati mengambilalih, runtuhnya nafsu tersebut kerana Allah s.w.t...apabila kita mendengar perkataan yang kurang baik dari mulut penceramah, hati kita sukar untuk mendengar dan menerima perkataan tersebut...hati tak gembira..dan cepat-cepat untuk meninggalkan majlis tersebut..Apabila hati sudah bertaut dengan Allah s.w.t. kesemua pancaindera kita dijaga dibimbing didorong untuk melakukan kebaikan sahaja..Lihatlah kalian, jika hati kita jagai..Masya-Allah Subhanallah..Allah s.w.t. akan jaga dan pelihara kaki tangan dan seluruh anggota badan kita dari melakukan maksiat... dimana satu hari nanti anggota badan kita ini juga yang akan membuat laporan ketika mulut kita terkunci apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak.


HUBUNGAN kekeluargaan, dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga, masyarakat..krana hati yang baik selalunya tidak menyimpan dendam atau nak menyakitkan hati semua pihak. Jadi jangan sangka orang yang diam apabila disakiti itu tidak ada perasaan. Mereka sebenarnya malas nak layan orang-orang yang berpenyakit hati..sangat kesian..jadi apa yang perlu anda INGAT ialah orang yang baik kita berkawan orang yang berpenyakit hati kita kena kesian. Itu aje formulanya kalau ada diantara kita yang berjumpa dengan orang-orang begini..Mudah bukan..Satu lagi saya nak ingatkan, jangan suka mempersendakan mereka yang tidak pakai tudung, mereka yang berpakaian singkat atau apa-apa jua kelemahan dan keburukkan orang..krana kalau bukan kita yang jadi macam tu kemungkinan keturunan kita yang begitu..jadi kalau dah tak de apa nak cakap, nak tulis ..diam je atau ingat Allah s.w.t. banyak-banyak dan tolong doakan mereka mendapat hidayah sebab hidayah datangnye dari Allah s.w.t. bukan dari mulut kita. Dan diharap kita semua jangan suka sangat nak buka buku akaun dengan manusia.

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). (Al-Qasas 28:56) |"


KESIMPULAN

Kesimpulan: Obat Hati = Solat (Terapi Hati (Bersih Hati + Jaga Hati) x Keikhlasan)
Anda boleh faham kan formula diatas..

*Dari hati kecil saya berkata..bukan senang nak “maintain” hati senantiasa baik..bukan senang kalian..kerna HATI apabila diuji kalian tahu bagaimana rasanya dan jangan sangka orang yang jaga HATI tidak boleh berubah... hati boleh berubah walaupun sesaat....inilah realitinya sebab kita bukan para NABI yang terpelihara HATInyer..kita hanya manusia biasa yang kerdil..walau apapun yang terjadi, kita kena cuba jaga hati dan bersihkan hati sehingga SEMAKSIMA yang mungkin..jadi sesiapa yang diuji itu Allah s.w.t. sebenarnya Allah swt sangat sayang pada kalian..dan terimalah ujian itu sebagai tanda kasihnyer Allah swt kepada kita..perbanyakkan solat malam sbb inilah sumber kekuatan HATI..

-Apabila Allah s.w.t. turn hati kekiri kita kita boleh berubah menjadi fasik dan munafik tapi jika Allah .s.w.t. turn lagi kekanan maka kita pun jadi mukmin, soleh dan sebagainya. Inilah yang kita takuti dan moga-moga Allah s.w.t. janganlah membolak balik hati ku dari agamamu setelah kau memberi petunjuk dan hidayah kepadaku..

-Sebab itu saya nasihatkan..janganlah buang masa dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan sia-sia..memporak perandakan negara, menjadi musuh kepada orang Islam sendiri, berhimpun/demostrasi pada perkara yang tidak faedah..actually banyak lagi kita belum dikejar, dicapai....kalau tengok nak jaga hati nak bersihkan hati pun, bukan mengambil masa yang singkat... bertahun-tahun....wahai adikkakak abang-abang... itu belum lagi nak capai SOLAT, PUASA, SEDEKAH, ZAKAT, HAJI kearah kesempurnaan..Anda boleh bayangkanlah Bab Solat pun kita semua belum lulus lagi (dalam solat pun ada wajib ada sunat..adakah kita sudah mengetahuinya)...so jangan buang masa dan jangan tunggu sehingga Allah s.w.t. tarik segala nikmat keamanan yang diberikan...tolonglah hijrahkan hati sebelum terlambat...

Ingatlah: jika kita melihat dengan MATA HATI maka kesenangan dan kebahagian dunia dan akhiratlah jawabnya, tapi apabila kita melihat dengan MATA NAFSU maka huru-hara dan malapetakalah jawabnya..tanyalah dengan diri sendiri mana satu MATA yang kita inginkan..

*tahap hati yang tinggi=tiada langsung lintasan samada hati atau fikiran untuk menyakitkan hati orang lain. Hatinya tiada selera untuk ambil tahu kelemahan atau keburukkan orang. Jadi jangan ada satu NANO TITIK pun penyakit hati dan mulut yang bersarang dalam diri anda kerna akan rosak seluruh ibadah anda sebenarnya..Jika anda dapat sampai ke tahap begini..sesungguhnya hati anda, HANYA ada Allah s.w.t. sahaja yang bertahta... Amin..dan apabila hati itu milik Allah s.w.t. datanglah beribu ujian didunia..pasti takkan beralih walau seinci pun daripada tali-tali Allah s.w.t.

Jumaat, 4 November 2011

MUKADIMAH-HATI YANG TERAGUNG

Setiap kali saya menulis, saya pasti akan highlight pasal HATI. Kenapa? Hati kita adalah kunci kepada segala amalan kita. Sebab itu adalah penting bagi anda menjaga hati anda di setiap perbuatan anda. Orang yang menjaga hati tidak akan ambil pusing apa-apa perkataan negatif yang hemburkan oleh manusia yang tak berpuas hati. Orang yang jaga hati, tidak suka dengar umpatan, fitnah atau perkara-perkara yang merosakkan hubungan dia dengan Allah s.w.t. Orang yang menjaga hati selalu bergantung pada Allah s.w.t. Orang yang menjaga hati selalunya dia suka berdiam diri dari bercakap kosong terutamanya caci mencaci, maki memaki, cerca mencerca, fitnah memfitnah. Orang yang menjaga hati selalunya tidak mempunyai penyakit hati seperti riak, takbur, ujub, dengki, tamak, malas, bangga diri, sakit hati, budjet bagus dan sebagainya. Orang yang menjaga hati segala perbuatan ibadahnya amatlah ikhlas hanya kerana Allah s.w.t. Orang yang menjaga hati amat takut jika Allah s.w.t. meminggirkannya dari hidayah. Orang yang menjaga hati tidak pernah melihat orang lain lebih rendah darinya. Orang yang menjaga hati tidak menyakitkan hati orang lain. Orang yang menjaga hati lebih suka menilai diri sendiri dari menilai orang lain. Orang yang menjaga hatinya tidak suka pada perkara yang sia-sia. Orang yang menjaga hatinya, Allah s.w.t sendiri yang akan menolongnya keluar dari segala kekusutan dan kekalutan dalam kehidupan seharian dan mereka ini tidak takut apa-apa yang berlaku pada diri, kerana yakinnya mereka ini terhadap Allah s.w.t. terlalu tinggi.

Oleh itu, nasihat saya jika anda memiliki hati yang negatif sila lah ubah..Jangan terlalu taksub pada orang atau parti..bersederhanalah dalam apa jua perbuatan anda..Takut-takut nanti kita tidak nampak Allah s.w.t. walaupun Allah s.w.t. itu dekat dengan urat leher...
Nasihat saya jika anda mengalami apa jua masalah kehidupan anda seperti tak cukup duit, masalah sosial anak-anak, rumahtangga, bebanan hutang dan seumpanya, tolonglah lihat balik hubungan anda dengan Allah s.w.t. dan jangan salahkan orang lain atau institusi atau kerajaan..Kerana badan-badan ini atau orang-orang dalam badan ini hanya menjalankan amanah.
Alangkah baiknya anda tweet atau berfb terus dengan Allah s.w.t. oleh kerana kita hendak bertweet terus dengan Allah s.w.t. biarlah hati kita dalam keadaan bersih, sebab itu kena jagalah “hati”, supaya ibadah-ibadah kita dirikan nanti berdiri dengan hati yang kusyuk, ikhlas, seronok, gembira, tidak dipaksa dan kasihnya kita pada dia sehingga solat pun boleh berguguran air mata..itulah keagungan hati yang dijagai selalu...


Kesimpulannya:-
Jagailah hati anda kerana hati akan menjaga solat anda, puasa anda, sedekah anda, zakat anda, haji anda, ilmu anda, rezeki anda, hubungan anda dengan keluarga, jiran dan masyarakat. Hati juga boleh menjaga kesihatan diri anda, semua anggota pancaindera anda dan keselamatan diri. Nanti saya akan terangkan bagaimana hati boleh jaga ibadah ....saya juga akan terangkan bagaimana nak jaga hati supaya “hati” dapat jaga ibadah dan amalan ...tungguuuuu..Menarik bukan..Mulai sekarang bersihkan hati anda, cubalah, kalau tak cuba tak ada hasilnya..tak kiralah anda pernah tinggal solat, puasa, tak pernah bersedekah atau suka mengumpat, mengata atau ada penyakit hati tetapi satu je syaratnya jika anda hendak berubah atau berhijrah diri ke tahap yang lebih baik atau positif maka mulakanlah dengan menjaga “HATI”.

Selasa, 16 Ogos 2011

KUATKAN IMAN



Ini adalah rumusan yang dapat saya simpulkan supaya kita semua sama-sama dapat mempertahankan akidah atau pegangan kita kepada agama Allah s.w.t iaitu Agama Islam..Sangat-sangat bertuah kita di pilih sebagai orang islam sejak dari mula lahir..sungguh bertuah..dilahirkan pula di bumi yang bernama Malaysia..dan berbangsa Melayu pula, sangat2 bertuah dan tak dapat di ungkai dengan kata-kata..hanya padanya ku sebut Alhamdullillah..sangat-sangat ku berterima kasih dan bersyukur padamu Ya Allah s.w.t. maha suci Allah tiada nikmat selain terpilih menjadi hambamu..dan kenapa disaat kita terpilih menjadi hamba Allah yang beragama Islam, ada pula yang berpaling ke agama lain..Innalillah..

Ingin saya mengajak anda semua mulai dari sekarang solatlah 5 waktu..Solatlah seawal waktu, bukan solat sahaja, bacaan dalam solat juga hendaklah betul misalnya mula perbetulkan bacaan anda dalam surah Al-fatihah..buat sikit2 lama2 jadi bukit...kita perbaiki solat sikit demi sikit Insya-Allah solat kita akan bertambah bagus dan diterima oleh Allah s.w.t..Lepas memperbaiki bacaan hendaklah kita tahu makna setiap bacaan dalam solat..misalnya bila kita angkat takbir Allahhuakhbar sebut dalam hati Allah Maha Besar, terasa tak bahawa kita sedang berbicara dengan Allah s.w.t. sebenarnya. Apabila kita tidak bersolat kita sebenarnya telah kehilangan petunjuk dari Allah s.w.t.. Dalam kehidupan kita, kita amat memerlukan petunjuk serta pertolongan dari Allah s.w.t. setiap saat..(bukan setiap minit tapi setiap saat) dan jika kita tidak dapat petunjuk dari Allah s.w.t. ..kita mula terasa seperti cacing kepanasan ..dan lihat muka kita jika tidak berbicara dengan Allah s.w.t. terasa seperti kusam dan tidak ceria..betul tak?

Ingin juga saya mengajak anda buka tafsir Al-Quran..Mula dari sikit2 dulu lama2 jadi bukit. Baca Al-Quran tak paham bahasa Arab bukak tafsir. Amati kata-kata Allah s.w.t. dan amaran yang diberikan kepada kita..Insya-Allah anda akan lebih mendekatkan diri dengannya. Amaran-amaran Allah s.w.t. dalam menjalinkan hubungan dengan manusia yang beragama lain, banyak yang Allah telah berikan peringatan tetapi kita abaikan ..kenapa sebab kita tidak mengenali Al-Quran..tolong sama-sama kita baca apa yang terkandung dalam kata-kata Allah s.w.t. itu. Jangan baca sahaja tapi ikutlah kata-kata Allah s.w.t. supaya kes macam perhimpunan bersih tu tak terjadi lagi..sayangilah negara kita..Ayat 13 surah Al-mumtahanah, Allah s.w.t. bertegas jangan berkawan rapat dengan orang yang dimurkai Allah s.w.t. .Jadi disini saya harap kita tak payahlah jadi pengikut demostrasi tersebut, lihat apa yang terjadi kita bersubahat dalam menyusahkan ramai orang, bersubahat dalam pembaziran kenduri kahwin yang tidak didatangi oleh para jemputan..bagus ke tindakan peserta demo itu. Oleh itu jadilah pengikut orang yang boleh bawa kebaikkan bukan bencana. Sebab itu, muhasabah diri buka tafsir Al-Quran dan ikut petunjuk-petunjuk yang Allah s.w.t. bentangkan pada kita..Tanya diri kita balik Al-Quran adalah kata-kata dari Allah s.w.t. jadi nak ikut cakap Allah s.w.t. atau nak ikut cakap orang yang dimurkainya..Tak payah tunggu sesiapa, mulai dari sekarang atas kemahuan sendiri baca tafsir dan kalau tak paham sila rujuk pada guru yang bertauliah dan baca juga hadis-hadis sahih yang boleh memberi penjelasan tentang ayat Al-Quran. Oleh itu, sentiasa perbaiki diri dan sentiasa mempertingkatkan ilmu supaya iman kita kukuh diatas landasan yang Allah s.w.t. tunjukkan melalui Al-Quran. Satu perkara lagi, perbaiki bacaan Al-Quran iaitu baca dengan tajwid yang betul. Belajarlah dari sekarang, sikit2 lama2 pandai.

Ingin juga saya mengajak anda berpuasa dibulan Ramadhan..gembira sangat dapat berjumpa dibulan yang mulia ini..lebih2 lagi dapat bertemu malam Lailatulqadar..apa yang anda rasa bila berjumpa malam tersebut..tenang..sangat tenang terasa sampai dilubuk hati..sayu sangatkan....Ini adalah bulan yang sangat diberkati, bulan untuk umat islam memperbaiki diri. Jika anda betul-betul praktikan puasa dengan amalan-amalan seperti berterawih, solat 5 waktu, tahajud, mengaji, menahan lapar, menahan diri dari godaan nafsu (nafsu berbelanja), memekakkan telinga dari mendengar umpatan, bercakap yang baik2, banyakkan diam dari bercakap yang tidak perlu, menundukkan mata dari pandangan yang kurang baik dalam masa 30 hari ini jika anda buat dengan ikhlas, Insya-Allah anda akan rasa perbuatan anda ini sudah menjadi sebati dengan diri anda. Cubalah, lihat hasilnya..sungguh menakjubkan.. Buat dengan penuh keikhlasan, dengan penuh rasa syukur, dengan penuh rasa kasih sayang, saya dapat rasakan apabila lepas bulan ramadhan anda akan terasa sayu ingin meninggalkan bulan ini..ini betul ye..dan akibat daripada latihan ini anda tidak ragu-ragu lagi untuk meneruskan amalan di bulan Ramadhan ini sehingga anda berjumpa kembali dibulan Ramadhan yang berikutnya. Nabi Muhammad s.a.w. ada doa dimana beliau meminta untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan yang berikutnya..sila cari.


Tidak setakat membuat ibadah wajib, ingin juga saya mengajak anda cari Allah s.w.t. Baca buku-buku mengenal diri, mengenal Allah s.w.t...jika dapat, belajarlah dengan guru-guru mursyid. Dengan mencari ilmu inilah kita dapat mengenal Allah s.w.t. dengan lebih dekat sesungguhnya jika kita hendak mengenal Allah s.w.t. kenalah kita mengenal akan sifatnya, zatnya sebab itulah, cari Allah s.w.t., kenalilah Allah s.w.t. dan berpeganglah pada tali-tali Allah s.w.t. kerna dengan mengenali Allah s.w.t. anda tidak akan berputus harap atau berputus asa dalam hal-hal kehidupan. Samada kita miskin atau kaya, kita tidak akan berpaling sedikit pun daripada Allah s.w.t.. Itu adalah kesannya. Dan dengan hal murtad yang sangat-sangat membimbangkan sekarang, baru-baru ini saudara kita diajak untuk berbuka puasa pula di gereja Methodist. Tanyalah diri sendiri kenapa???Jika anda kenal Allah s.w.t, anda tidak akan melakukannya. Jika anda kenal Allah s.w.t. anda tidak akan rabun mata melihat kebaikkan pihak kristian menabur bakti dan budi yang tidak seberapa dan sanggup memperjudikan akidah anda, jangan main-main dalam soal ini, takut nanti digelapnya hati dan tidak ada jalan balik...rugi sangat dengan budi yang tidak seberapa akidah anda terpesong.. Anda kata anda susah, sudahkah anda kenal Allah s.w.t. seikhlasnya..Carilah Allah s.w.t. dan kenalilah Allah.s.w.t., anda sangat-sangat beruntung. Dan hanya orang kenali Allah s.w.t. dan ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w., orang ini tidak akan gentar hidup sesusah manapun atau sekaya manapun..

Saya juga ingin mengajak anda senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t., anda boleh rujuk doa-doa pelindung diri yang telah saya tulis dalam ruangan blog ini. Sentiasa berdoa kepadanya untuk memohon pelindungan diri dari sebarang bencana yang kita tidak jangkakan. Jika kita risau diri kita terikut agama lain, doalah minta diteguhkan hati kita dengan agama Islam, jika kita risau diri kita akan di samun, dirompak, dipukau, disimbah asid, dirogol, diganggu oleh awang hitam sekalipun baca ayat pelindung diri dari surah yassin ayat 9 setiap kali keluar rumah, insya-allah anda akan dilindungi oleh Allah s.w.t., jika kita risau dijangkiti penyakit ikut sunnah nabi makan secubit garam sebelum makan, makan habatus saudah, makan madu..doa lah supaya dihindarkan penyakit, anda boleh bace ayat ini setiap hari yang bermula dari Bismillahhilazi layaduru Mahasmihi.... 3x. (Dengan nama Allah, maka terhalanglah segala sesuatu di bumi dan dilangit untuk menimpakan bencana, Ia maha mendengar dan maha mengetahui) atau ayat kursi 3x. Tolong ye, doalah setiap kali kaki melangkah keluar dari rumah..Amalkan ayat pelindung diri dan niatlah kepada Allah s.w.t. agar diselamatkan perjalanan atau sebagainya, jangan lupa.


Saya juga ingin memesan kepada anda, jagalah makanan dan hasil pendapatan anda.. Penting sangat kerana apa yang masuk kedalam badan dan menjadi darah daging boleh mempengaruhi hawa nafsu yang sentiasa membara. Dan jikalau hendak menundukkan hawa nafsu tersebut hanyalah melalui puasa. Oleh itu, ikut sunnah rusul makan 1/3, air 1/3 dan udara 1/3, ini adalah nisbah makanan yang patut anda amalkan supaya perut anda dapat hadam dengan betul. Apa yang saya ingin sarankan disini mulai dari sekarang tolong pilih produk-produk harian anda yang halal. Jangan taram semuanya, restoren-restoren yang ada tanda halal pun tengok dulu siapa pemiliknye, jangan ingat tiada babi dan arak je semua boleh bedal, bahan-bahan perasa kat dapor tu dah periksa..jadi tolong ye hindarkan diri anda, cari yang muslim sahaja..haa..lagi bagus masak sendiri. Ini penting ye, lagi satu pendapatan anda, tolong jangan ambil wang yang bukan milik anda walaupun 10sen..tak perasan ke anda, kita ambil wang walaupun kecil kita sebenarnya ditarik balik keberkatan dalam hasil pendapatan kita, sebab itu gaji kita tak cukup macam air paip. Bab pasal halal haram makanan ini saya dah sentuh dalam tajuk yang lepas, nak baca silakan (skrol ke bawah). Saya ingatkan sekali lagi tolong prihatin tentang makanan yang anda makan..hasil pendapatan yang anda ambil..tolong ambil kisah, kerana makanan yang tidak halal masuk dalam badan menjadi darah daging ini menggelapkan hati anda untuk terima hidayah Allah s.w.t. Sebab itu bila ada orang nasihat yang baik tidak diterima tapi ditentang bulat-bulat..sebab hidayah tak sampai kat hati, banyak sangat halangan..Bila tiada hidayah unsur-unsur luar senang masuk, bukan setakat ajaran kristian ajaran sesat pun kita terikut nanti. Jadi tolong sangat-sangat bab makan bab pendapatan, tolong jaga tolong awasi.

Kesimpulan untuk mendapat Lailatulqadar, untuk cari Allah s.w.t., untuk tingkatkan ilmu dan amalan, dan kebahagian serta ketenangan dalam kehidupan ialah pegang dan genggam sekuat-kuatnya 5 rukun Islam (solat, puasa, zakat, sedekah n haji(ikut kemampuan) wajib buat + hati mesti bersih (buang penyakit hati n mulut jaga, bykkan zikir) + doa (doa banyak2) + amalan (baca buku, tambah ilmu dalam diri dan amalkan) + cari sumber rezeki yang halal + ikhlaskanlah segala perbuatan anda diatas (buat semua amalan diatas dengan rasa syukur dan kasih sayang kepada Allah s.w.t.)


Nota penting:-
- Mulai dari sekarang tolong dalami/pelajari/perbaiki/tingkatkan ilmu islam, cara hidup islam, cara kita ibadat, cara kita makan, cara kita bergaul, setiap saat perbaiki. Bila jumpa ayat yang menyuruh kebaikkan sila buat dengan segera. Memperbaiki diri kepada yang lebih baik dapat menghindarkan diri kita terpengaruh dengan dakyah ajaran agama lain.
-doa pelindung diri sentiasa amalkan...jangan sesekali lupa ye..Insya-Allah..Yang Maha Esa akan sentiasa melindungi diri anda. Tolong sebarkan pada semua teman rapat anda, tolong baca doa ayat pelindung diri setiap kali keluar rumah atau dalam rumah.
-Ingat:-jika anda jaga Allah s.w.t. , maka Allah s.w.t. akan jaga anda..ini adalah pegangan dan ingatan yang selalu saya ingatkan kepada diri saya juga..
-saya mohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan saya dalam sebarang penulisan saya diblog ini, ini adalah sekadar perkongsian maklumat yang pernah dan sedang saya praktikan dari dulu hingga kini sebab saya bukan ahli dalam bidang agama (bukan ustazah atau mengikuti mana2 pengajian Islam)....penulisan saya berdasarkan pengalaman dan amalan.


Isnin, 11 Julai 2011

Jodoh..itu ketentuan Allah s.w.t.



Bercakap tentang jodoh, kebelakangan ini ramai yang berbicara mengenai kahwin lewat dikalangan anak-anak dara yang berusia 30-an. Pelbagai alasan yang didengar kenapa mereka masih tidak berkahwin lagi pada usia yang agak lewat..Tapi saya juga tidak menafikan atau menyangkal sama sekali fakta yang mengatakan lelaki sekarang tiada kualiti mungkin dari segi pekerjaan, sikap tidak bertanggungjawab..secara kasarnya memang kita nampak begitukan..Susah sangat nak nampak lelaki yang mengikut selera kitakan..susahkan..susahkan..dan semestinya memang kita tidak akan nampak dengan mata kasar jika tidak dengan pertolongan Allah Taala.. Tapi ada cara dan jalan keluarnya.......Macam mana ye.., bagi yang bermasalah dalam mencari jodoh, anda bolehlah berkongsi rahsia yang bakal saya dedahkan ini....

Pertama:-Buatlah solat hajat mulai dari sekarang, minta pada Allah tunjukkan atau mempercepatkan jodoh kita..selalu buat solat hajat kalau mampu..Tapi saya syorkan anda buat solat hajat pada tiap-tiap malam semasa bulan Ramadhan. Lebih afdal. Dalam masa membuat solat hajat kita mungkin akan mendapat petanda seperti mimpi mendapat pasangan. Dari situlah kita yakin bahawa ada pasangan kita sedang menanti. Dan dalam masa yang sama kenalah mencari juga, jodoh bukan datang bergolek..Dan jika kita telah bertemu dengan pasangan kita, kita akan mendapat satu petanda yang lain pula, satu bisikan yang mengatakan itu adalah jodoh kita..Petanda atau petunjuk ini akan memudahkan anda meneruskan langkah perkenalan, ini adalah mengikut pengalaman yang pernah saya alami. Tidak berhenti di sini sahaja, langkah seterusnya

Kedua:-Buatlah solat istiqarah pula untuk menentukan samada jodoh atau orang yang kita berkenan tu adalah jodoh kita sebenarnya atau tidak..Ada doa yang boleh anda baca untuk merapatkan anda dengan jodoh anda..Ya..Allah, jika si nama lelaki itu adalah jodoh ku maka kau dekatkan jika tidak kau jauhkan dariku..doalah tiap-tiap malam..dan anda terasa samada dia ingin mendekati anda atau tidak.. Jangan bersolat saja, penampilan diri kenalah ubah..Mekaplah sikit..secalit lipstik, eyeliner bagi mata bundar, maskara sikit..pemerah pipi pada yang berani, barulah nampak segar..jangan takut untuk berubah..Bukan nak mekap macam artis..Sesetengah wanita tidak mekap pun tidak apa memang nampak cantik, tapi ada setengah wanita muka yang pucat tu kenalah mekap sikit..Warna pakaian juga memainkan peranan penting. Pilih warna segar menarik dan sedap mata memandang..Di sini akan datang rasa keyakinan diri untuk berdamping dengan orang sekeliling. Jadi mulakan langkah baru anda hari ini..

Ketiga:-Jika anda telah berkawan rapat dengan seseorang dan anda yakin sangat inilah pasangan anda, maka buatlah solat tahajud disepertiga malam. Lebih afdal jika dibuat dalam bulan Ramadhan..manalah tau masa tu terjumpa pula malam lailatulqadar..Memang bertuah anda, anda akan dapat jawapannya serta merta..Insya-Allah..jawapannya bukan diberi dengan gambaran wajah tapi diyakinkan hati kita sekuat-kuatnya dengan jodoh pilihan kita. Dan anda tidak akan merasa ragu-ragu lagi atau menoleh kebelakang lagi.

Tapi anda kena ingat apa yang kita usahakan bukan datang dengan senang sekali kadangkala ia mengambil masa yang panjang dan nasihat saya tolong jangan putus asa, kena banyak bersabar dan jangan bersangka buruk dengan Allah s.w.t. dan anda juga akan menempuh pelbagai ujian dalam jangkamasa anda untuk bertemu dengan jodoh anda, akan ada mulut-mulut kureng enak didengar disekeliling anda. Kenapa tak kahwin lagi, gemuk sangatlah kena kurus sikit, pendeklah susah nak dapat jodoh, pegilah majlis-majlis kenduri mana tau ada yang tersangkut, tak cari ke kawan lelaki, tak da kekawan lelaki, memilih sangat ke, umur berapa dah nie masih tak de lagi, adik dah kahwin kakak tak kahwin lagi...nak jawab ke tidak..?tak payah layan .

Di sini saya ingin memberitahu anda bahawa diri kita sendiri jangan hantar signal negatif pada alam sekeliling, mudah bicara, jangan fikir pasal kahwin ke tidak, pedulikan apa orang cakap..senyum jek...kita dah buat apa yang perlu kita buat dan kita sudah bergantung sepenuhnya pada Allah, kita sudah menyerahkan diri kita kepadanya dan amat yakin dengan ketentuannya, tiada apa lagi yang kita nak takutkan, tak perlu risau, tak perlu panik, relekss.. Kita jangan fikir sangat diri kita belum kahwin kerana apabila kita memikirkannya kita telah menghantar signal negatif yang boleh membuatkan orang sekeliling kita bertanya-tanya mengenai perkara yang kita tidak suka untuk mendengar. Jadi jangan hantar signal-signal negatif, kalau tidak mahu orang sekeliling anda membuka mulut pasal isu sensitif tentang diri anda.

Sebenarnya kita harus sedar diri, jika kita bukan sehebat Nabi jangan kita mendamba isteri sebaik Khatijah begitu juga sebaliknya..apa yang Allah s.w.t. telah tentukan jodoh kita itulah sebaiknya..Ingat..kadangkala ia nampak buruk pada kita, tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui akan kebaikannya, dan kadangkala nampak baik pada kita tetapi sebenarnya Allah s.w.t. lebih mengetahui akan keburukkannya. Jangan cari Mr. perfect or Ms. perfect memang tak de..

Oleh itu, bergantunglah sepenuhnya pada Allah s.w.t. tentang apa-apa perkara sekalipun, termasuk jodoh. Buat lah solat-solat hajat, istiqarah, tahajud, zikir-zikir dan yang paling penting solat yang wajib, puasa, sedekah dan HATI anda ..jagailah ia. Jika mahukan doa kita diperkenankan dengan cepat tolonglah jangan mengumpat, mengata dan jangan lupa pada penyakit hati seperti bangga diri, iri hati, riak, menunjuk-nunjuk, sombong...Dan nasihat saya pada ibubapa yang anaknya lewat berkahwin, tolonglah jangan bagi signal-signal negatif ini..kalau nak tolong, tolong carikan pasangan yang baik untuk anak anda atau doakan anak anda cepat dapat jodoh, dan kepada ibu bapa yang anak dia cepat dapat jodoh jangan pula mengata orang lain..takut-takut nanti cepat pula jadi jandanya.....tolonglah jaga mulut.....kerana hukum karma tetap ada di sekeliling anda.

Bagi yang mengutamakan kerjaya, saya rasa tidak perlulah meletakkan diri anda didalam keadaan sibuk begitu, releks..apa yang penting jodoh mesti dicari..dekatkan diri dengan Allah sw.t. Dengan seikhlas hati bergantung sepenuhnya kepada dia melalui solat-solat wajib dan sunat, zikir dan jaga hati anda ...Insya-Allah Allah s.w.t. akan memimpin anda kepada jodoh yang anda cari walaupun lambat. Ujian tu..Peringatan dari Rusul kita, nabi Muhammad a.s. tidak akan mengaku kita sebagai umatnya jika kita tidak mengikut sunnahnya iaitu berkahwin..jadi fikir-fikirkanlah ye..

Kepada sesiapa yang dah kahwin tidak rasa bahagia disebabkan sikap suami, hal kewangan, hal ipar duai, mak mertua atau masih tidak dapat anak (Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (A-li'Imraan 3:38), Nabi Zakaria mempunyai isteri yang mandul dan Nabi Zakaria sendiri telah uzur tapi dikurniakan sorang cahaya mata,..semua itu tak mustahil dan tak akan mustahil bagi Allah s.w.t), selalulah berbicara dengan Allah s.w.t. dalam solat ke, semasa zikir ke, tak kiralah masanye teruskan berbicara dengan Allah s.w.t. daripada anda berbicara dengan suami yang tak nak endah atau buat tak tau je lagi menyakitkan hati, terutama lelaki yang dah ada teman wanita lain lagilah dia buat tak endah pada anda....mana tahukan Allah s.w.t. pekenankan doa anda, digantinya dengan hati yang lebih baik atau di ubahnya hati suami kita menjadi lebih baik...Senang cerita segala-gala masalah dimuka bumi ini bergantunglah pada ALLAH S.W.T. kerana dengan petunjuk atau panduan yang Allah s.w.t. tunjukkan itu, taklah sesusah manapun untuk kita berhadapan dengan segala cabaran didunia dan diakhirat..


Nota penting:
-Tolong ye buang penyakit hati didalam diri anda seperti bangga diri, riak, sombong, suka menunjuk-nunjuk, cakap besar
-Tolong ye jangan cari pertolongan lain selain dari Allah s.w.t., tak payah jumpe2 bomoh mintak tengok jodoh ..
-Anda kena yakin dengan apa yang anda lakukan dan buat amalan diatas dengan ikhlas nercaya Allah s.w.t. akan bantu anda.