Khamis, 22 Ogos 2013

MENCARI HATI YANG TENANG



Mencari hati yang tenang

            Hati yang tenang, jiwa yang tenang membawa kepada manusia yang penuh dengan kasih sayang, lemah lembut, bersyukur, gembira, sopan santun, baik, jujur, pemaaf, berhati-hati, manja daripada manusia yang berkeladak ..iaitu penuh dengan ego, dengki, pemarah, dendam, cemburu, iri hati, terburu-buru dan sebagainya..Yang manakah satu pilihan anda, manusia tenang atau berkeladak.. Pastinya yang tenang bukan...Bagaimana cara untuk mencari hati yang tenang, bagaimana kita ingin mengwujudkan hati yang tenang dalam diri kita..Kenapa kita kena wujud diri yang tenang dalam diri kita dan disekeliling kita..untuk apa semua itu..pastinya saya akan kupas satu persatu sebab mengapa kita perlu mencari hati yang tenang...Sebab jika hati tidak tenang ia membawa satu isyarat buruk pada orang sekeliling kita dan masyarakat dan akhirnya isyarat itu memakan diri kita sendiri.. Hati yang tidak tenang menyebabkan kita sering komplen, melatah, tidak puas hati, merungut-rungut..dan disebabkan tidak dirawat takut-takut ia akan menjadi penyakit hati yang lebih teruk dan lebih teruk lagi jika mengajak orang lain berpenyakit hati sama..bahayakan..Boleh komplen, merungut-rungut mcm sesunggut tetapi dengan Allah swt..bukan dengan manusia..sebab Allah swt akan menunjukkan jalan dan lorongan untuk menjawab dan menyelesaikan ketidakpuasan hati kita..Manusia itu tiada kuasa,  yang ada hanyalah HAWA NAFSU.


Berzikir:-berzikir adalah satu cara kita mengingatkan diri kita dengan Allah. Kenapa ada diantara kita  pergi ke majlis zikir, selawat untuk apa..?.Apa yang anda rasa dalam majlis itu ..satu ketenangan diri yang pasti sukar untuk diungkapkan..Amalkan zikir walaupun satu ayat  tetapi konsisten di mana-mana jua dan dalam keadaan apa sekalipun supaya hati terhindar dari hiruk pikuk masalah dunia yang sebenarnya mampu memberi seribu penyakit jiwa seperti kemurungan, skizofrenia, celaru identiti, krisis kendiri, halunisasi, stress dan sebagainya.


Membaca Kitab Allah iaitu Al-Quran. CARIlah pengertian didalam setiap ayat Al-quran pasti ada penawarnya. Ambil pengajaran dan ikhtibar diatas peringatan dan amaran Allah swt disamping itu terdapat juga nasihat dan penawar bagi mereka yang mengkehendaki petunjuk dan penyembuhan daripada Allah swt. Membaca Al-Quran adalah satu cara ubat untuk penenang hati jadi tak payah lah kita mengambil ubat barbiturat atau tranqulaizer untuk tenang kan hati.. Rapatkan hati anda dengan kata-kata Allah untuk ketenangan semulajadi. Barangkali anda ingin menasihati anak maka bacalah Surah Lokman, barangkali anda ingin kaya raya bacalah Surah Al-Waqiah, Barangkali anda inginkan cahaya mata bacalah kisah Nabi Zakaria dalam Surah Barangkali anda inginkan anak yang pintar, cantik, tampan bacalah Surah Mariam dan Yussuf, Barangkali anda ingin mengubati anak yang nakal bacalah Surah Toha atau barangkali ingin mengikat hati suami anda, Barangkali anda inginkan untuk menghindari penyakit kanser maka bacalah Surah Yunus, Maidah, Al-Kahfi dan barangkali apa yang saya tahu adalah sangat sedikit maka anda hendaklah mencari lebih daripada apa yang saya tahu.


Bersedekah lah semampu yang boleh..duit, senyuman, hadiah dan sebagainya..dalam law of giving apabila kita memberi, kita akan dapat lebih dari itu. Bersedekahlah untuk membersihkan hati kerana kita tidak tahu perbuatan mana yang mengundang hati kita gelap walaupun jasad berada dalam keadaan terang. Disaat kita merasa hati kita berat untuk memberi tapi kita tetap bersedekah di saat itu jugalah Allah swt memberi ganjaran yang lebih banyak kerana kita menundukkan hati yang ego dan keras kerana Allah swt. Dan disaat diri kita berasa bakhil dan disaat kita berasa sayang untuk memberi harta kesayangan kita..dan disaat itulah kita memberi maka disaat itu jugalah hati kita ditundukkan dari kebanggaan dan kesombongan semata-mata kerana Allah swt. Dan disaat itulah Allah swt memberi ganjaran yang berkali ganda diatas perbuatan sedekah pada saat hati kita sedang berbelah bagi.


Redhalah pada ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah swt. Apabila kita tidak layak mendapat jawatan yang selayaknya untuk diri kita..tentunya kita akan berasa rendah hati dengan kawan-kawan sekeliling.. tapi jangan berasa demikian..sebaliknya kita redha pada rezeki Allah swt tetapi jangan putus asa. Carilah sesuatu yang boleh menaikkan keyakinan diri, pengikhtirafan diri dan kebolehan diri setaraf dengan kelayakkan yang kita dapat. Berniaga contohnya..buatlah sampai berjaya dan mendapat kepuasan untuk diri sendiri, ini sikit sebanyak kita dapat mengubati hati kita supaya tidak berasa cemburu atau iri hati terhadap orang lain..Secara realitinya memang kita banyak penyakit hati tetapi kita salurkan ke tempat lain dengan mencari jalan mengubati hati kita dari berasa cemburu, sakit hati dan iri hati ..maka hati akan berasa tenang..Jika kita pandai dalam sesuatu ilmu, tuliskan untuk orang lain mendapat manafaat dengan niat untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka..tentunya ini mendatangkan kepuasan pada diri bukan..dengan kata lain juga kita boleh mengumpul pahala untuk bekalan di sana. WUJUDkanlah ketenangan dalam diri tatkala kita tidak mendapat sesuatu yang kita harap-harapkan atau idam-idamkan atau kehilangan barangan kesayangan sebelum syaitan WUJUDkan huru hara dalam hati kita. Semoga hati kita tidak dibawa kepada perasaan negatif atau tidak puas hati, atau jika WUJUD sekali pun perasaan negatif itu maka cepat-cepatlah salurkan ke tempat lain..


Mencari ketenangan dengan sunnah nabi..lihat diri nabi kita, baginda adalah manusia yang paling paling tenang didunia ...Masya-Allah..Subhana-Allah..apa yang Nabi ajar pada kita....Nabi ajar ketenangan di setiap perbuatan dan pertuturannya..inilah nilai ketenangan yang Nabi ajar..Para suami sekalian, *nabi tidak pernah melenting pada Aishah kerana tidak menyediakan sarapan dan disaat perut Nabi perit menahan lapar..lantas Nabi berpuasa..*Aishah pernah memarahi nabi..lantas nabi memicit hidung Aishah, lalu nabi berdoa supaya Allah swt melembutkan hati isterinya itu..di sini anda dapat lihat ketenangan yang nabi ada memadamkan api kemarahan yang diciptakan oleh syaitan..dan perkara itu tidak berlarutan..anda juga boleh cuba bukan..*Satu hari giliran Aishah menjaga nabi, isteri nabi yang lain itu membawa sepinggan kuih untuk nabi..Aishah menyambut lantas Aisyah berkata hari ini giliran ku, aku tahu nak menjaga nabi..ditepisnya kuih tadi lalu jatuh ..nabi melihat kejadian itu dan berkata ganti semula pinggan tadi..nabi tidak melenting..nabi tidak marah dan nabi tidak memasam muka....*Para suami sekalian, bantulah isteri anda di rumah..isteri pasti berasa sejuk hati diatas pertolongan anda..apa yang para suami dapat dalam tolak ansur itu ialah sebuah ketenangan dan keharmonian dalam rumahtangga kerana isteri tidak membebel, tidak membentak-bentak...malah isteri akan tersenyum kesukaan..tidak sukakah kalian sebuah ketenangan yang dicipta sesama suami dan isteri membawa kepada keceriaan...Sebenarnya kita boleh CIPTA ketenangan itu sesama pasangan kita tapi kena ada kerjasama, barulah rasa manis dan nikmatnya..Buanglah ego tu ke laut..kerana ego, anda dan pasangan anda makan hati..Satu lagi tips yang boleh anda ikuti iaitu makan setalam dan solat berjemaah..Makanlah bersama isteri dan anak2 dalam satu talam..Alangkah indahnya suasana yang sedemikian diikuti dengan senda gurau..buatlah jika ia mendatang kedamaian dan ketenangan dalam rumahtangga anda walaupun sebukan sekali..Suami isteri yang bersembahyang berjemaah, Allah swt memegang kasih sayang mereka selagi mereka memegang pada tali-tali Allah swt..Kesimpulannya, CIPTAlah..CIPTAlah..CIPTAlah kalian ketenangan dengan mengikut sunnah nabi..bacalah kisah nabi kita...banyak pengajaran yang boleh diikuti untuk menjadi manusia tenang..lihat cara  nabi memilih makanan nabi tidak mengambil ikan dengan daging dengan ayam dalam satu menu..nabi kurangkan makan daging..kerana sifat daging yang panas menyumbang kepada sikap baran, lihat cara nabi tidur..tidur juga mempengaruhi keselesaan kita selepas bangun dari tidur. Walaupun nabi pernah dibaling batu dan dilemparnya tahi namun dia tidak membalas..kenapa nabi setenang itu???? kerna Allah swt  ada dihati dan disisinya. Bagaimana diri kita hendak merasai kehadiran Allah swt, anda akan dapat merasai kehadiran Allah swt jika hati anda tenang  (sebenarnya Allah swt memang hadir disetiap hati manusia tetapi kenapa ada yang tidak merasa akan kehadirannya itu....dan kenapa ada yang merasa sehingga anda tidak berani untuk melakukan dosa/kesalahan..carilah jawapannya dengan bertanya pada diri anda sendiri, jawapannya ada pada anda..samada anda ingin mengubah diri anda atau tidak bergantung kepada kesedaran masing-masing..sebabnya anda semua dah besar dan boleh berfikir dan boleh bertindak bukan..)...lihat tulisan saya sebelum ini..iaitu Terapi Hati jika kalian tahu menilai pasti kalian dapat mencari dimana ada ketenangan itu tersembunyi..


Solat sunat, berpuasa sunat dan berwuduq dapat melemahkan nafsu amarah..nafsu amarah wujud disebabkan penyakit hati dan kawalan emosi yang terlalu negatif..Apabila kita berpuasa, ia mendidik kita menjadi seorang yang sabar dan tenang. Ketenangan yang dihasilkan dari perbuatan berpuasa itu memberi kita kehidupan yang lebih baik, di mana ia dapat menghapuskan kemarahan kita daripada perkara yang sekecil-kecil..kerana orang yang marah takkan tenang, orang yang sakit hati takkan tenang, orang yang berdendam takkan tenang..orang yang berjiwa keladak takkan tenang..Berwuduqlah diketika kita sedang marah sekurang-kurangnya dapat melawan kemarahan yang ciptakan daripada api dan memadamkannya dengan air...Cara yang lain untuk melemahkan nafsu amarah adalah dengan bersolat sunat, diketika kita hendak marah lebih baik dihalakan kemarahan kita dengan berkomunikasi dengan Allah swt..dan caranya adalah mendirikan solat sunat 2 rakaat...Cara yang lain lagi adalah menyibukkan diri dengan aktiviti riadah..iaitu samada kita berkebun, bersukan, bertukang, menjahit, mengarang, menyapu, membasuh pinggan, membela ikan, memasak dan sebagainya. Ketenangan yang wujud disetiap pekerjaan yang anda lakukan akan memberi impak keseronokkan dalam diri. Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah cara untuk mengatasi hati yang sedang panas mengelegak dengan meredakannya atau menenangkan ia melalui solat, puasa dan wuduq serta aktiviti riadah..


Muhasabah diri, duduk disatu sudut dan scan diri sendiri ..apakah kebaikkan, apakah sumbangan, apakah pemberian dan apakah dosa /kesalahan yang telah kita lakukan disepanjang hidup kita..adakah sudah cukup, adakah kita sudah puas hati dengan diri kita terhadap Allah swt..Adakah anda tahu..munasabah diri selama seminit lebih disukai Allah swt berbanding beribadat sepanjang waktu dengan hati yang riak dan tidak ikhlas. Kerana muhasabah diri adalah penyesalan diri kita keatas perbuatan kita yang lalu dan Allah swt amat menyayangi orang yang menyesal dan bertaubat lebih dari orang yang beribadat tapi tidah bermuhasabah diri walaupun sekejap. Oleh itu ambillah masa sesaat anda dalam setahun untuk bermuhasabah diri..menangislah dan tunduklah hati anda dihadapannya cukup membuat hati anda tenang...dan tenang...dan tenang..

Lihat kekuasaan Allah swt ..NIKMATIlah ketenangan dalam setiap ciptaan Allah swt. Lihat gunung, lihat laut, lihat langit, lihat tumbuh-tumbuhan..Adakah kita setenang alam ciptaan Allah swt..Alam ciptaan Allah swt berzikir, ikan dilaut berzikir, tumbuh-tumbuhan hidup berzikir sebab itu lah kita berasa tenang apabila melihat pemandangan..Ajar anak-anak anda sedari mereka tujuh tahun itu menyebut Subhana-Allah apabila melihat kecantikkan ciptaan Allah swt, apabila melihat kilat dilangit..Ajar anak anda menyebut alhamdullillah apabila dikurniakan sesuatu, apabila bersedawa..Ajar anak-anak anda memuji Allah swt dengan menyebut Ya Allah..Ya Rusul..Ya Rahmat..Dan apabila mereka sudah berumur dalam lingkungan 12 tahun baru ajar anak itu La Illah Ha Illallah (20 ribu ekor burung akan membuat bising kepada malaikat sehingga malaikat meminta keampunan untuk diri kita daripada Allah swt)...dan seterusnya apabila meningkat dewasa, maka bertambah lagilah zikir kita kepada Allah swt supaya hati kita sentiasa tenang.


KESIMPULANNYA:-

-Ciptalah..ciptalah..ciptalah lebih banyak ketenangan samada sesama suami isteri, ahli keluarga atau diri sendiri..pasti anda akan lihat ketenangan disekeliling anda..bukan mencari alasan untuk berasa ego, iri hati, sakit hati mahupun dendam.

-Carilah ketenangan didalam apa jua bentuk. Di situ anda akan melihat dengan mata hati anda betapa setiap yang Allah swt suruh, larang, jadikan, ciptakan, wujudkan tidak pernah yang sia-sia.. Semuanya bersebab dan berguna bagi mereka yang melihat.

-Wujudkan ketenangan diri dengan zikir, solat, puasa, bersedekah, membaca Al-quran, redha, muhasabah diri dan melihat kekuasaan Allah swt sebelum Syaitan mengWUJUDkan huru hara dalam hati anda..PERANGI lah Syaitan yang wujud dalam darah dan nafas anda..

-INGAT!!!!!!!!..org yang berjiwa keladak takkan tenang, orang yang sakit hati takkan tenang, orang yang berdendam takkan tenang, orang yang marah takkan tenang, orang yang mengata orang lain takkan tenang..sebab tak tenang inilah banyak fitnah ditaburkan sehingga melampau-lampau, mencetuskan huru hara dikalangan masyarakat..Kembalilah kepada ajaran Nabi Muhammad saw dan Al-Quran nercaya kita takkan sesat. Jangan dekat, jangan ambik tahu, jangan ikut, jangan pandang sipi pun dengan sebarang ajaran yang selain dari Ajaran Nabi Muhammad saw iaitu Islam..Cari Allah swt dalam hati anda semua..Insya-Allah ..Allah swt sendiri (bukan manusia, bukan buku, bukan alam sekitar)..akan pandu anda kejalan hidayah atau Nur..

-Hati yang tidak tenang tidak akan dapat melihat atau petunjuk akan kebenaran walaupun kebenaran itu jelas didepan mata kerana hati mereka sudah dipenuh dengan keladak dan kebencian..jangan begitu takut-takut nanti DAJJAL muncul pun hati tidak boleh nampak...AYOH!!AYOH!! jernihkan hati, bersihkan hati, sucikan hati..


-Komplenlah walau anda hilang duit sepuluh sen pun, Bersungutlah jika ada orang tak sayang anda pun.. bersungutlah dengan Allah swt, lepaskan rindu anda kepada Allah swt, lepaskan kesulitan anda kepada Allah swt...nercaya hati anda akan tenang sangat-sangat. Kerana apabila anda berkata-kata pada Allah swt sesungguhnya RAHMAT Allah swt akan datang tak sampai sesaat pun...cubalah ye...

-Kekuatan hati adalah bersolat di sepertiga malam..menangislah mengadulah bersungutlah kepada yang AHAD. 

*Jika anda ingin jadi manusia yang tenang..terlebih dahulu sila BERSIHKAN HATI anda dan JAGAI HATI anda ye..buat TERAPI HATI yang saya kupaskan itu..Insya-Allah..Allah swt memudahkan anda menjadi Manusia Yang Paling Tenang.