Rabu, 30 September 2009

TAZKIRAH-BERZIKIR MENGINGATI ALLAH s.w.t



Sebagai manusia tidak lari daripada pelbagai jenis masalah samada di rumah atau pun ditempat kerja. Justeru itu apakata kita semua mengingati Allah s.w.t. sebanyak yang mungkin. Bagaimana? Dengan menyebut-nyebut namanya iaitu berzikir. Dalam sebuah hadis Qudsi seperti yang diceritakan oleh Bukhari, Ahmad, Ibn Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim, Allah menjelaskan yang bermaksud, “Aku bersama hambaku selama dia mengingatiku dan selama mana kedua-dua bibirnya masih bergerak menyebut namaku.”
Allah mencintai hambanya yang selalu berzikir didalam seluruh aktiviti sehariannya. Semasa dalam kesenangan diucapkan alhamdullillah, semasa berlaku musibah atau malang diucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun, semasa melihat kemaksiatan disebutkan astaghfirullah, semasa melihat benda yang mengagumkan di sebutkan subhanallah dan apabila memulakan sesuatu perkara didahului dengan ucapan bismillah. Maka dengan cara ini tidak lekanglah bibir kita dari menyebut-nyebut Allah s.w.t yang sangat-sangat mencintai hambanya yang selalu berzikir mengingatinya. Berzikir bukan hanya dengan lisan semata-mata. Berzikir boleh diterjemahkan dalam bentuk perbuatan seperti belajar, berniaga, bekerja yang mana kita berpegang teguh dengan nilai-nilai akhlak islam. Moga-moga dengan perbanyakkan zikir mudah-mudahan kita beroleh husnul khatimah. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan