Selasa, 16 Ogos 2011

KUATKAN IMAN



Ini adalah rumusan yang dapat saya simpulkan supaya kita semua sama-sama dapat mempertahankan akidah atau pegangan kita kepada agama Allah s.w.t iaitu Agama Islam..Sangat-sangat bertuah kita di pilih sebagai orang islam sejak dari mula lahir..sungguh bertuah..dilahirkan pula di bumi yang bernama Malaysia..dan berbangsa Melayu pula, sangat2 bertuah dan tak dapat di ungkai dengan kata-kata..hanya padanya ku sebut Alhamdullillah..sangat-sangat ku berterima kasih dan bersyukur padamu Ya Allah s.w.t. maha suci Allah tiada nikmat selain terpilih menjadi hambamu..dan kenapa disaat kita terpilih menjadi hamba Allah yang beragama Islam, ada pula yang berpaling ke agama lain..Innalillah..

Ingin saya mengajak anda semua mulai dari sekarang solatlah 5 waktu..Solatlah seawal waktu, bukan solat sahaja, bacaan dalam solat juga hendaklah betul misalnya mula perbetulkan bacaan anda dalam surah Al-fatihah..buat sikit2 lama2 jadi bukit...kita perbaiki solat sikit demi sikit Insya-Allah solat kita akan bertambah bagus dan diterima oleh Allah s.w.t..Lepas memperbaiki bacaan hendaklah kita tahu makna setiap bacaan dalam solat..misalnya bila kita angkat takbir Allahhuakhbar sebut dalam hati Allah Maha Besar, terasa tak bahawa kita sedang berbicara dengan Allah s.w.t. sebenarnya. Apabila kita tidak bersolat kita sebenarnya telah kehilangan petunjuk dari Allah s.w.t.. Dalam kehidupan kita, kita amat memerlukan petunjuk serta pertolongan dari Allah s.w.t. setiap saat..(bukan setiap minit tapi setiap saat) dan jika kita tidak dapat petunjuk dari Allah s.w.t. ..kita mula terasa seperti cacing kepanasan ..dan lihat muka kita jika tidak berbicara dengan Allah s.w.t. terasa seperti kusam dan tidak ceria..betul tak?

Ingin juga saya mengajak anda buka tafsir Al-Quran..Mula dari sikit2 dulu lama2 jadi bukit. Baca Al-Quran tak paham bahasa Arab bukak tafsir. Amati kata-kata Allah s.w.t. dan amaran yang diberikan kepada kita..Insya-Allah anda akan lebih mendekatkan diri dengannya. Amaran-amaran Allah s.w.t. dalam menjalinkan hubungan dengan manusia yang beragama lain, banyak yang Allah telah berikan peringatan tetapi kita abaikan ..kenapa sebab kita tidak mengenali Al-Quran..tolong sama-sama kita baca apa yang terkandung dalam kata-kata Allah s.w.t. itu. Jangan baca sahaja tapi ikutlah kata-kata Allah s.w.t. supaya kes macam perhimpunan bersih tu tak terjadi lagi..sayangilah negara kita..Ayat 13 surah Al-mumtahanah, Allah s.w.t. bertegas jangan berkawan rapat dengan orang yang dimurkai Allah s.w.t. .Jadi disini saya harap kita tak payahlah jadi pengikut demostrasi tersebut, lihat apa yang terjadi kita bersubahat dalam menyusahkan ramai orang, bersubahat dalam pembaziran kenduri kahwin yang tidak didatangi oleh para jemputan..bagus ke tindakan peserta demo itu. Oleh itu jadilah pengikut orang yang boleh bawa kebaikkan bukan bencana. Sebab itu, muhasabah diri buka tafsir Al-Quran dan ikut petunjuk-petunjuk yang Allah s.w.t. bentangkan pada kita..Tanya diri kita balik Al-Quran adalah kata-kata dari Allah s.w.t. jadi nak ikut cakap Allah s.w.t. atau nak ikut cakap orang yang dimurkainya..Tak payah tunggu sesiapa, mulai dari sekarang atas kemahuan sendiri baca tafsir dan kalau tak paham sila rujuk pada guru yang bertauliah dan baca juga hadis-hadis sahih yang boleh memberi penjelasan tentang ayat Al-Quran. Oleh itu, sentiasa perbaiki diri dan sentiasa mempertingkatkan ilmu supaya iman kita kukuh diatas landasan yang Allah s.w.t. tunjukkan melalui Al-Quran. Satu perkara lagi, perbaiki bacaan Al-Quran iaitu baca dengan tajwid yang betul. Belajarlah dari sekarang, sikit2 lama2 pandai.

Ingin juga saya mengajak anda berpuasa dibulan Ramadhan..gembira sangat dapat berjumpa dibulan yang mulia ini..lebih2 lagi dapat bertemu malam Lailatulqadar..apa yang anda rasa bila berjumpa malam tersebut..tenang..sangat tenang terasa sampai dilubuk hati..sayu sangatkan....Ini adalah bulan yang sangat diberkati, bulan untuk umat islam memperbaiki diri. Jika anda betul-betul praktikan puasa dengan amalan-amalan seperti berterawih, solat 5 waktu, tahajud, mengaji, menahan lapar, menahan diri dari godaan nafsu (nafsu berbelanja), memekakkan telinga dari mendengar umpatan, bercakap yang baik2, banyakkan diam dari bercakap yang tidak perlu, menundukkan mata dari pandangan yang kurang baik dalam masa 30 hari ini jika anda buat dengan ikhlas, Insya-Allah anda akan rasa perbuatan anda ini sudah menjadi sebati dengan diri anda. Cubalah, lihat hasilnya..sungguh menakjubkan.. Buat dengan penuh keikhlasan, dengan penuh rasa syukur, dengan penuh rasa kasih sayang, saya dapat rasakan apabila lepas bulan ramadhan anda akan terasa sayu ingin meninggalkan bulan ini..ini betul ye..dan akibat daripada latihan ini anda tidak ragu-ragu lagi untuk meneruskan amalan di bulan Ramadhan ini sehingga anda berjumpa kembali dibulan Ramadhan yang berikutnya. Nabi Muhammad s.a.w. ada doa dimana beliau meminta untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan yang berikutnya..sila cari.


Tidak setakat membuat ibadah wajib, ingin juga saya mengajak anda cari Allah s.w.t. Baca buku-buku mengenal diri, mengenal Allah s.w.t...jika dapat, belajarlah dengan guru-guru mursyid. Dengan mencari ilmu inilah kita dapat mengenal Allah s.w.t. dengan lebih dekat sesungguhnya jika kita hendak mengenal Allah s.w.t. kenalah kita mengenal akan sifatnya, zatnya sebab itulah, cari Allah s.w.t., kenalilah Allah s.w.t. dan berpeganglah pada tali-tali Allah s.w.t. kerna dengan mengenali Allah s.w.t. anda tidak akan berputus harap atau berputus asa dalam hal-hal kehidupan. Samada kita miskin atau kaya, kita tidak akan berpaling sedikit pun daripada Allah s.w.t.. Itu adalah kesannya. Dan dengan hal murtad yang sangat-sangat membimbangkan sekarang, baru-baru ini saudara kita diajak untuk berbuka puasa pula di gereja Methodist. Tanyalah diri sendiri kenapa???Jika anda kenal Allah s.w.t, anda tidak akan melakukannya. Jika anda kenal Allah s.w.t. anda tidak akan rabun mata melihat kebaikkan pihak kristian menabur bakti dan budi yang tidak seberapa dan sanggup memperjudikan akidah anda, jangan main-main dalam soal ini, takut nanti digelapnya hati dan tidak ada jalan balik...rugi sangat dengan budi yang tidak seberapa akidah anda terpesong.. Anda kata anda susah, sudahkah anda kenal Allah s.w.t. seikhlasnya..Carilah Allah s.w.t. dan kenalilah Allah.s.w.t., anda sangat-sangat beruntung. Dan hanya orang kenali Allah s.w.t. dan ikut sunnah nabi Muhammad s.a.w., orang ini tidak akan gentar hidup sesusah manapun atau sekaya manapun..

Saya juga ingin mengajak anda senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t., anda boleh rujuk doa-doa pelindung diri yang telah saya tulis dalam ruangan blog ini. Sentiasa berdoa kepadanya untuk memohon pelindungan diri dari sebarang bencana yang kita tidak jangkakan. Jika kita risau diri kita terikut agama lain, doalah minta diteguhkan hati kita dengan agama Islam, jika kita risau diri kita akan di samun, dirompak, dipukau, disimbah asid, dirogol, diganggu oleh awang hitam sekalipun baca ayat pelindung diri dari surah yassin ayat 9 setiap kali keluar rumah, insya-allah anda akan dilindungi oleh Allah s.w.t., jika kita risau dijangkiti penyakit ikut sunnah nabi makan secubit garam sebelum makan, makan habatus saudah, makan madu..doa lah supaya dihindarkan penyakit, anda boleh bace ayat ini setiap hari yang bermula dari Bismillahhilazi layaduru Mahasmihi.... 3x. (Dengan nama Allah, maka terhalanglah segala sesuatu di bumi dan dilangit untuk menimpakan bencana, Ia maha mendengar dan maha mengetahui) atau ayat kursi 3x. Tolong ye, doalah setiap kali kaki melangkah keluar dari rumah..Amalkan ayat pelindung diri dan niatlah kepada Allah s.w.t. agar diselamatkan perjalanan atau sebagainya, jangan lupa.


Saya juga ingin memesan kepada anda, jagalah makanan dan hasil pendapatan anda.. Penting sangat kerana apa yang masuk kedalam badan dan menjadi darah daging boleh mempengaruhi hawa nafsu yang sentiasa membara. Dan jikalau hendak menundukkan hawa nafsu tersebut hanyalah melalui puasa. Oleh itu, ikut sunnah rusul makan 1/3, air 1/3 dan udara 1/3, ini adalah nisbah makanan yang patut anda amalkan supaya perut anda dapat hadam dengan betul. Apa yang saya ingin sarankan disini mulai dari sekarang tolong pilih produk-produk harian anda yang halal. Jangan taram semuanya, restoren-restoren yang ada tanda halal pun tengok dulu siapa pemiliknye, jangan ingat tiada babi dan arak je semua boleh bedal, bahan-bahan perasa kat dapor tu dah periksa..jadi tolong ye hindarkan diri anda, cari yang muslim sahaja..haa..lagi bagus masak sendiri. Ini penting ye, lagi satu pendapatan anda, tolong jangan ambil wang yang bukan milik anda walaupun 10sen..tak perasan ke anda, kita ambil wang walaupun kecil kita sebenarnya ditarik balik keberkatan dalam hasil pendapatan kita, sebab itu gaji kita tak cukup macam air paip. Bab pasal halal haram makanan ini saya dah sentuh dalam tajuk yang lepas, nak baca silakan (skrol ke bawah). Saya ingatkan sekali lagi tolong prihatin tentang makanan yang anda makan..hasil pendapatan yang anda ambil..tolong ambil kisah, kerana makanan yang tidak halal masuk dalam badan menjadi darah daging ini menggelapkan hati anda untuk terima hidayah Allah s.w.t. Sebab itu bila ada orang nasihat yang baik tidak diterima tapi ditentang bulat-bulat..sebab hidayah tak sampai kat hati, banyak sangat halangan..Bila tiada hidayah unsur-unsur luar senang masuk, bukan setakat ajaran kristian ajaran sesat pun kita terikut nanti. Jadi tolong sangat-sangat bab makan bab pendapatan, tolong jaga tolong awasi.

Kesimpulan untuk mendapat Lailatulqadar, untuk cari Allah s.w.t., untuk tingkatkan ilmu dan amalan, dan kebahagian serta ketenangan dalam kehidupan ialah pegang dan genggam sekuat-kuatnya 5 rukun Islam (solat, puasa, zakat, sedekah n haji(ikut kemampuan) wajib buat + hati mesti bersih (buang penyakit hati n mulut jaga, bykkan zikir) + doa (doa banyak2) + amalan (baca buku, tambah ilmu dalam diri dan amalkan) + cari sumber rezeki yang halal + ikhlaskanlah segala perbuatan anda diatas (buat semua amalan diatas dengan rasa syukur dan kasih sayang kepada Allah s.w.t.)


Nota penting:-
- Mulai dari sekarang tolong dalami/pelajari/perbaiki/tingkatkan ilmu islam, cara hidup islam, cara kita ibadat, cara kita makan, cara kita bergaul, setiap saat perbaiki. Bila jumpa ayat yang menyuruh kebaikkan sila buat dengan segera. Memperbaiki diri kepada yang lebih baik dapat menghindarkan diri kita terpengaruh dengan dakyah ajaran agama lain.
-doa pelindung diri sentiasa amalkan...jangan sesekali lupa ye..Insya-Allah..Yang Maha Esa akan sentiasa melindungi diri anda. Tolong sebarkan pada semua teman rapat anda, tolong baca doa ayat pelindung diri setiap kali keluar rumah atau dalam rumah.
-Ingat:-jika anda jaga Allah s.w.t. , maka Allah s.w.t. akan jaga anda..ini adalah pegangan dan ingatan yang selalu saya ingatkan kepada diri saya juga..
-saya mohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan saya dalam sebarang penulisan saya diblog ini, ini adalah sekadar perkongsian maklumat yang pernah dan sedang saya praktikan dari dulu hingga kini sebab saya bukan ahli dalam bidang agama (bukan ustazah atau mengikuti mana2 pengajian Islam)....penulisan saya berdasarkan pengalaman dan amalan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan