Isnin, 11 Julai 2011

Jodoh..itu ketentuan Allah s.w.t.



Bercakap tentang jodoh, kebelakangan ini ramai yang berbicara mengenai kahwin lewat dikalangan anak-anak dara yang berusia 30-an. Pelbagai alasan yang didengar kenapa mereka masih tidak berkahwin lagi pada usia yang agak lewat..Tapi saya juga tidak menafikan atau menyangkal sama sekali fakta yang mengatakan lelaki sekarang tiada kualiti mungkin dari segi pekerjaan, sikap tidak bertanggungjawab..secara kasarnya memang kita nampak begitukan..Susah sangat nak nampak lelaki yang mengikut selera kitakan..susahkan..susahkan..dan semestinya memang kita tidak akan nampak dengan mata kasar jika tidak dengan pertolongan Allah Taala.. Tapi ada cara dan jalan keluarnya.......Macam mana ye.., bagi yang bermasalah dalam mencari jodoh, anda bolehlah berkongsi rahsia yang bakal saya dedahkan ini....

Pertama:-Buatlah solat hajat mulai dari sekarang, minta pada Allah tunjukkan atau mempercepatkan jodoh kita..selalu buat solat hajat kalau mampu..Tapi saya syorkan anda buat solat hajat pada tiap-tiap malam semasa bulan Ramadhan. Lebih afdal. Dalam masa membuat solat hajat kita mungkin akan mendapat petanda seperti mimpi mendapat pasangan. Dari situlah kita yakin bahawa ada pasangan kita sedang menanti. Dan dalam masa yang sama kenalah mencari juga, jodoh bukan datang bergolek..Dan jika kita telah bertemu dengan pasangan kita, kita akan mendapat satu petanda yang lain pula, satu bisikan yang mengatakan itu adalah jodoh kita..Petanda atau petunjuk ini akan memudahkan anda meneruskan langkah perkenalan, ini adalah mengikut pengalaman yang pernah saya alami. Tidak berhenti di sini sahaja, langkah seterusnya

Kedua:-Buatlah solat istiqarah pula untuk menentukan samada jodoh atau orang yang kita berkenan tu adalah jodoh kita sebenarnya atau tidak..Ada doa yang boleh anda baca untuk merapatkan anda dengan jodoh anda..Ya..Allah, jika si nama lelaki itu adalah jodoh ku maka kau dekatkan jika tidak kau jauhkan dariku..doalah tiap-tiap malam..dan anda terasa samada dia ingin mendekati anda atau tidak.. Jangan bersolat saja, penampilan diri kenalah ubah..Mekaplah sikit..secalit lipstik, eyeliner bagi mata bundar, maskara sikit..pemerah pipi pada yang berani, barulah nampak segar..jangan takut untuk berubah..Bukan nak mekap macam artis..Sesetengah wanita tidak mekap pun tidak apa memang nampak cantik, tapi ada setengah wanita muka yang pucat tu kenalah mekap sikit..Warna pakaian juga memainkan peranan penting. Pilih warna segar menarik dan sedap mata memandang..Di sini akan datang rasa keyakinan diri untuk berdamping dengan orang sekeliling. Jadi mulakan langkah baru anda hari ini..

Ketiga:-Jika anda telah berkawan rapat dengan seseorang dan anda yakin sangat inilah pasangan anda, maka buatlah solat tahajud disepertiga malam. Lebih afdal jika dibuat dalam bulan Ramadhan..manalah tau masa tu terjumpa pula malam lailatulqadar..Memang bertuah anda, anda akan dapat jawapannya serta merta..Insya-Allah..jawapannya bukan diberi dengan gambaran wajah tapi diyakinkan hati kita sekuat-kuatnya dengan jodoh pilihan kita. Dan anda tidak akan merasa ragu-ragu lagi atau menoleh kebelakang lagi.

Tapi anda kena ingat apa yang kita usahakan bukan datang dengan senang sekali kadangkala ia mengambil masa yang panjang dan nasihat saya tolong jangan putus asa, kena banyak bersabar dan jangan bersangka buruk dengan Allah s.w.t. dan anda juga akan menempuh pelbagai ujian dalam jangkamasa anda untuk bertemu dengan jodoh anda, akan ada mulut-mulut kureng enak didengar disekeliling anda. Kenapa tak kahwin lagi, gemuk sangatlah kena kurus sikit, pendeklah susah nak dapat jodoh, pegilah majlis-majlis kenduri mana tau ada yang tersangkut, tak cari ke kawan lelaki, tak da kekawan lelaki, memilih sangat ke, umur berapa dah nie masih tak de lagi, adik dah kahwin kakak tak kahwin lagi...nak jawab ke tidak..?tak payah layan .

Di sini saya ingin memberitahu anda bahawa diri kita sendiri jangan hantar signal negatif pada alam sekeliling, mudah bicara, jangan fikir pasal kahwin ke tidak, pedulikan apa orang cakap..senyum jek...kita dah buat apa yang perlu kita buat dan kita sudah bergantung sepenuhnya pada Allah, kita sudah menyerahkan diri kita kepadanya dan amat yakin dengan ketentuannya, tiada apa lagi yang kita nak takutkan, tak perlu risau, tak perlu panik, relekss.. Kita jangan fikir sangat diri kita belum kahwin kerana apabila kita memikirkannya kita telah menghantar signal negatif yang boleh membuatkan orang sekeliling kita bertanya-tanya mengenai perkara yang kita tidak suka untuk mendengar. Jadi jangan hantar signal-signal negatif, kalau tidak mahu orang sekeliling anda membuka mulut pasal isu sensitif tentang diri anda.

Sebenarnya kita harus sedar diri, jika kita bukan sehebat Nabi jangan kita mendamba isteri sebaik Khatijah begitu juga sebaliknya..apa yang Allah s.w.t. telah tentukan jodoh kita itulah sebaiknya..Ingat..kadangkala ia nampak buruk pada kita, tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui akan kebaikannya, dan kadangkala nampak baik pada kita tetapi sebenarnya Allah s.w.t. lebih mengetahui akan keburukkannya. Jangan cari Mr. perfect or Ms. perfect memang tak de..

Oleh itu, bergantunglah sepenuhnya pada Allah s.w.t. tentang apa-apa perkara sekalipun, termasuk jodoh. Buat lah solat-solat hajat, istiqarah, tahajud, zikir-zikir dan yang paling penting solat yang wajib, puasa, sedekah dan HATI anda ..jagailah ia. Jika mahukan doa kita diperkenankan dengan cepat tolonglah jangan mengumpat, mengata dan jangan lupa pada penyakit hati seperti bangga diri, iri hati, riak, menunjuk-nunjuk, sombong...Dan nasihat saya pada ibubapa yang anaknya lewat berkahwin, tolonglah jangan bagi signal-signal negatif ini..kalau nak tolong, tolong carikan pasangan yang baik untuk anak anda atau doakan anak anda cepat dapat jodoh, dan kepada ibu bapa yang anak dia cepat dapat jodoh jangan pula mengata orang lain..takut-takut nanti cepat pula jadi jandanya.....tolonglah jaga mulut.....kerana hukum karma tetap ada di sekeliling anda.

Bagi yang mengutamakan kerjaya, saya rasa tidak perlulah meletakkan diri anda didalam keadaan sibuk begitu, releks..apa yang penting jodoh mesti dicari..dekatkan diri dengan Allah sw.t. Dengan seikhlas hati bergantung sepenuhnya kepada dia melalui solat-solat wajib dan sunat, zikir dan jaga hati anda ...Insya-Allah Allah s.w.t. akan memimpin anda kepada jodoh yang anda cari walaupun lambat. Ujian tu..Peringatan dari Rusul kita, nabi Muhammad a.s. tidak akan mengaku kita sebagai umatnya jika kita tidak mengikut sunnahnya iaitu berkahwin..jadi fikir-fikirkanlah ye..

Kepada sesiapa yang dah kahwin tidak rasa bahagia disebabkan sikap suami, hal kewangan, hal ipar duai, mak mertua atau masih tidak dapat anak (Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (A-li'Imraan 3:38), Nabi Zakaria mempunyai isteri yang mandul dan Nabi Zakaria sendiri telah uzur tapi dikurniakan sorang cahaya mata,..semua itu tak mustahil dan tak akan mustahil bagi Allah s.w.t), selalulah berbicara dengan Allah s.w.t. dalam solat ke, semasa zikir ke, tak kiralah masanye teruskan berbicara dengan Allah s.w.t. daripada anda berbicara dengan suami yang tak nak endah atau buat tak tau je lagi menyakitkan hati, terutama lelaki yang dah ada teman wanita lain lagilah dia buat tak endah pada anda....mana tahukan Allah s.w.t. pekenankan doa anda, digantinya dengan hati yang lebih baik atau di ubahnya hati suami kita menjadi lebih baik...Senang cerita segala-gala masalah dimuka bumi ini bergantunglah pada ALLAH S.W.T. kerana dengan petunjuk atau panduan yang Allah s.w.t. tunjukkan itu, taklah sesusah manapun untuk kita berhadapan dengan segala cabaran didunia dan diakhirat..


Nota penting:
-Tolong ye buang penyakit hati didalam diri anda seperti bangga diri, riak, sombong, suka menunjuk-nunjuk, cakap besar
-Tolong ye jangan cari pertolongan lain selain dari Allah s.w.t., tak payah jumpe2 bomoh mintak tengok jodoh ..
-Anda kena yakin dengan apa yang anda lakukan dan buat amalan diatas dengan ikhlas nercaya Allah s.w.t. akan bantu anda.

2 ulasan:

  1. Isu yang menarik... Kesukaran mendapat jodoh bukan kerana paras rupa, sikap, perangai semata-mata. Percayakah kalau saya katakana bahawa 'berat jodoh' juga ada kalanya berkaitan dengan gangguan syaitan, jin, saka atau sihir pemisah? Pengalaman keluarga kami terhadap masaalah ini cukup mengujakan satu masa dahulu. Hingga akhirnya kami bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar . saya suka mencadangkan pertemuan dengan beliau sebagai jalan usaha ikhtiar. Muda2han kita tidak tertipu dengan pelbagai kerenah perubatan yang kadangkala palsu dan mengaku2 demi kepentingan material semata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian anda.. boleh dijadikan ikhtibar utk kengkawan yg membaca..

      Padam