Selasa, 15 Februari 2011

LAILATULQADAR: Apa Yang Perlu Anda Buat.

Bukan susah untuk mencari malam Lailatulqadar dan bukan senang untuk bertemu malam tersebut. Ia bergantung atas keizinan Allah s.w.t. samada kita semua boleh berjumpa dengan malam tersebut atau tidak, bergantung pada amalan masing-masing. Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua apakah amalan yang patut kita amalkan dalam mencari malam tersebut. Malam Lailatuqadar adalah malam di mana doa yang diminta akan dimakbulkan serta merta, satu malam yang sunyi sepi langsung tiada bunyi kedengaran, air yang sangat dingin, hawa malam yang sejuk memang nyenyak tidur dibuai mimpi dan satu malam yang amat tenang jiwa dan raga.. Tidak seperti hari biasa dalam bulan Ramadhan. Ya, bulan Ramadhan lambat lagi tapi kenapa saya menulisnya sekarang. Supaya kita sama-sama meningkatkan amalan kita mulai dari sekarang dan dipermudahkan semua umat Islam untuk bertemu dengan malam tersebut pada bulan Ramadhan nanti. Insya-Allah.

Niat:Niatlah mulai sekarang yang anda ingin sangat bertemu malam tersebut. Kalau boleh tiap-tiap hari niat.

Solat:Kalau boleh jangan ditinggalkan walaupun anda dalam keadaan kepenatan, sakit, sibuk dan sebagainya. Kalau boleh lagi sembahyang awal jangan lewat-lewatkan. Sebab apa saya kata kalau boleh kerana jika tengok pada waktu kerja dengan keadaan jalan yang 'jam' pada waktu petang, minda pun terasa sangat letih kadangkala solat pun terbabas. Ini semua kita hadapi tapi ini bukanlah alasan untuk tidak mengerjakan ibadah wajib.

Al-Quran:Bacalah Al-quran, peruntukkan masa anda ½ jam setiap hari untuk membaca kitab ini. Kalau boleh baca tafsir sekali supaya kita paham ape yang dibaca.

Zikir: Cuci-cuci hati anda dengan amalan ini, ambil satu ayat zikir dan jadikan ia amalan. Cukuplah satu ayat zikir dan yang pentingnya adalah amalkan setiap hari. Selalu bersihkan hati sebelum tidur dengan memaafkan semua orang dan zikirlah sebanyak yang mungkin sebelum tidur. Kerana dengan berzikir hati kita selalu mengingati Yang Maha Esa. Itulah yang dimahukan olehnya, segala-galanya kita bergantung kepada dia.

Mengumpat:Tolong sesangat jangan suka mengumpat, mengata, mengeji , menghina, bersangka-sangka, membuat tohmahan, melaga-laga walaupun kepada sesiapa sahaja tak kiralah kepada mufti atau pemimpin yang tidak sesuai dengan jiwa anda, jiran-jiran yang mulut celupar, saudara mara yang yang kuat mengata, sahabat handai yang suka mengungkit, adik-beradik yang suka berkira. Anggaplah ini semua ujian dari Yang Esa. Mohonlah pada dia agar mereka ini diberi hidayah dan petunjuk, tetapi jangan terbit sedikit pun dalam hati anda untuk mengeji, mengumpat atau memfitnah sesiapa. Sukar tak? Memang terlalu sukar (tak dinafikan) tapi inilah yang kena anda lakukan, hati mesti keras, berkata bila perlu. Yelah sebagai manusia, saya mengaku kita semua tak lari dari mulut yang suka berkata-kata dan hati yang suka bersangka-sangka. Pilihan ditangan anda, hanya yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari kita semua. Satu lagi nasihat saya, kalau boleh janganlah kita mengutuk, memaki hamun, mengeluarkan pekataan kesat dan ditulis pula dalam facebook. Adakah anda tahu nafsu amarah yang sedemikian rupa sangat rendah makamnya. Dan nafsu yang rendah makamnya adalah tergolong dalam kumpulan ahli neraka (mohon dijauhkan). Jauhilah sikap yang sedemikian jika kita mencari keredhaan Allah s.w.t. Komenlah yang bernas supaya tulisan kita dapat pahala bukan dosa..

Ikhlas:Ikhlaskan hati anda dalam melakukan amalan-amalan diatas. Janganlah buat kerana terpaksa kerana Allah s.w.t tahu akan isi hati kita semua. Dan ingin diingatkan juga apabila segala amalan dilakukan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t maka sifat atau sikap negatif yang ada dalam diri kita semua akan sikit demi sikit dapat dikurangkan.


Nota penting: Selepas ini jangan adalah sesiapa lagi diantara kita yang mengatakan hanya orang alim ulamak sahaja yang boleh dapat, hanya orang yang pergi masjid sahaja yang boleh dapat, hanya orang yang baik sahaja boleh dapat, hanya orang yang tidak pernah tinggal solat boleh dapat, jangan suka bagi alasan sebegitu. Jika Allah s.w.t. yang mengkehendaki bermakna sesiapa pun boleh dapat malam tersebut. Janji :- kena jaga “hati” kita supaya bersih dari segala hasad dan celaan disamping yang wajib kena buat. Insya-Allah, Allah s.w.t akan mempermudahkan urusan kita didunia.
Buatlah yang semaksimum termampu yang boleh dan ikhlaskan hati anda, krana Allah s.w.t. tahu niat hambanya.
Selamat maju jaya dalam mencari Malam LailatulQadar.:)

***Amalan diatas adalah pengalaman sendiri jika ada amalan yang lebih baik silalah ikut dan yang paling penting carilah guru untuk menuntut serta carilah buku untuk rujukan.